Khamis, 30 September 2010

Keseronokan bermula!!!!yihaaa

Tajuk ajer gempak. Kkakakak. Tetiba aku seronok hantar baju dan seluar kerja suami ke dobi untuk digosok atau bahasa inggerisnye iron.heheh.. yeeeyyy seminggu takyah gosok baju laki aku..hihihi. Apada ini pon aku nak sound kat blog kan. orang lain berlambak dah buat. Tapi series makcik jakun. Sebelum ni segala baju aku gosok sendiri. Tapi waktu pagila sebelum pergi kerja. Tu yang jadi kelam kabut pepagi tu. Sejak beranak dua ni mmg tak sempat. Baru nak bukak swis iron si Umar dah uwaaaaaa!!! mmg sajer tak bagi aku buat kijer. dan-dan gune alasan ni.ehhehe. Tapi mmg betul bab iron baju aku mmg liat sikit. letih dan MALAS!!!!!! Aku kagum betul dengan manusia yang boleh iron baju stok untuk 2 minggu. Memang korang rajin. Aku??? sekali sahaja rasanya seumur hidup buat macam tu..heheheh. Dan rasanya pas ni mmg aku tak pernah akan buat. Baju aku sendiri pon aku beli baju yang tak payah gosok. pakai siap tak perlu digosok bagai. Tudung sekarang lagi senang sarung ajer..Ar*an* tetap dihati..hehehh. Walau hakikat aku suka segala bende bergosok cantik. Kalau boleh segala cadar dan baju anak biar bergosok kemas. Tapi sebab aku ni malas jadinya adala sekali baju anak dan cadar aku iron. mmg bes kemas ajer. Pastu itu ajer la sekalinya. heheh. So sebab kemalasan berganda aku tu semalam aku cube hantar baju dan seluar kerja suami aku ke dobi. Atas alasan sian baju laki aku tak berside cantik sebab bini dia ni gosok ikot sedap hati ajer. Tadi tghari pergi pickup dan sangat puas hati sebab cantik dan wangi ajer baju suami aku. Dan dengan senyum meleret hati ni duk lompat-lumpat gumbira takyah gosok baju seminggu.

Dan perlaburan untuk ini sangat adalah rasanya sangat berbaloi. Kalau gosok sendiri, masa, tenaga, bil elektrik adalah sama dengan kos hantar dobi. Makanya seterusnya akan hantar dobi ajer. Rasa macam nak segala baju bajan ke dobi. macam bes ajer siap bergosok dan berlipat bagai. Takla menggunung baju dirumah tu tak berlipat kenkadang tak sempat nak berjemur. Save masa dan tenaga saya. Takla terkejar-kejar.
Kekadang terfikir biarla rileks sikit bab itu supaya save tenaga untuk anak-anak tersayangkan. Dah kerja dipejabat biarla rileks sikit dirumah biarlah kerja memasak sahaja saya buat. Saya juga ada hati mahu cari orang tukang kemas rumah pulak.kekeke. akan ku berusaha keras untuk mendapatkannya. Apa salahnya laburkan duit sikit untuk perkara itu supaya lebih masa untuk anak-anak. Anak-anak happy maknya, bapaknya juga happy.hihi. Pendapat sayalah, saya dan suami sudah penat diopis cari duit apalah sangat laborkan sikit untuk tujuan itu. Biarlah kita bersenang sikitkan. Tidaklah berkejar-kejar dan penat sangat. Dah berpenat di opis, biarlah kat rumah rehat pulak. Nak ambil orang gaji rumah amatlah kecil. lagi pon mmg saya tak suka orang lain ada kat rumah 24jam. Tak bebas rasanya. Lagipon mmg tak mampu nak ambil maid..hehehe. Duit tak berapa nak bnyk. hehheh

Sori yer babah ummi hantar baju babah ke dobi. Kenkadang ummi tak terdaya dan tak tersempat nak menggosok baju babah berside bagai. Bukan tak sayang babah, sayang sangat babah tapi masa adalah sangat suntuk. sori yer babah. Klau ummi rajin ummi gosokla baju babah yer.kikiki.

Seronok rasanya hari ni..hehehe

Tiada ulasan: