Jumaat, 29 Mei 2009

Berat

Dua hari ni rase menyampah ajer. huuuhh..risau juga kat berat badan aku ni. Rase mcm da naik berkelo-kelo..wakakakak..bila berjalan peha rase berlaga-laga antara satu sama lain.hai nyampah tol. pipi rase mcm kue pau aje. Tak suka!tak suka! Ni seme kes napsu melantak aku yang melampau-lampau sejal akhir2 ni..tak dapat nak tahan la. Ada ajer benda yang nak di makan. Sekarang dalm kepala aku ni teringin nak melantak burger special kat umah aku tu. Burger daging balut ngan telur bersama mayonis yang meleleh-leleh..wahhh sedapnya.. special giler. Wal hal tghari tadi aku da melantak nasik, kue loyang lagi 3 ketol, agar2 4 ketol, kue bom 2 ketol...uwaaaa macammane ni.
Juga sedang berkira-kira mau buat onde2 petang ni...berat lagi badan aku pas ni..Si budak Damiea makin slim..sian dia kurang selera makan sekarang ni..

Malam ni nak masak aper yer???masak sardin, goreng telur dadar bersama sayor campur ajerla..kekkkekke..waa dah nak balik...

Rabu, 27 Mei 2009

Demam lagi


Masa ni Damiea demam..tapi ummi bawak damiea gi beli ubat demam dan makan kat rasamas.Damiea makan banyak juga..anakku ni pemakan juga orangnya.


dan jugak ambik gambar syok sendiri...

Dah 2 hari Damiea demam. Sian die. Nak tumbuh gigi lagi ke?? Raser nyer baru ajer Damiea pas demam. Ni demam lagi.. Ke rindu kat uwan die. Uwan die cuti jaga Damiea untuk seminggu ni. Untuk minggu ni mak lang Damiea yang jaga die. Maklang kata Damiea baik sangat. Sangat mudah jaga Damiea. Sepanjang Damiea demam ummi bagi ubat yang jenis sumbat ikut bontot. Wah amat mudah berbanding bagi ubat jenis syrap. Maha payah. Berperang bergelut ngan Damiea. Sian dia. Bagi ubat bontot ni sangat mudah. Damiea pon macam merelakan ajer. Tiap kali nak kasi sumbat ubat tu babah kata kat Damiea " jaga Damiea, ummi nak liwat Damiea.." Apakah laki aku ni???huuhh.. hampesss.

Hari ni Damiea dah sihat. Cuma agak manja dan merengek ajer. Mungkin tak sihat. ouwwh lupa petang semalam ummi bawa Damiea balik jumpa tok dan tokki. Amat riang gembira Damiea balik kampung jumpa moksu ummi. Main ngan moksu ummi. Kutip batu, makan buah ceri. suka sangat dia..magrib kite da balik umah kite. Sian babah kena tinggal..kekkeke..

Isnin, 25 Mei 2009

saat-saat genting

Corat coret genting..sikit je la sebab cite dah basi da..kesimpulannya agak seronok ke sana..ada berani cuba main buaian yang laju gile..rase nyawa dikongkong ajer..tobattt..ee seramm..ai cuba juga main roket tu..gileeeer.mmg giler..sampai tercabut tudung aku terbang melayang.Nasib baik jatuh kat bawah kaki aku ajer dan Nasib baik gak bukan aku yang melayang. Sian Damiea jadi piatu dan babah jadi muda kes bini mati sebab terbang dari roket kat genting. Sungguh sadis mati semasa berhibur di tempat berlibur..kikiki pakai serkup kepale yang cantik..takla gondol kepale aku..kakakak..Mase naik bende alah ni Damiea ngah tido so nyer dapat peluang main sekejap. Tok yang tolong jaga. Sepanjang perjalanan hidup (ewah ayattt??) digenting..Damiea tak wat perangai..amat mudah menjaga buah hati ai ni. Dia juga tak kacau ai drive kete from kuantan to Genting, from genting to batu caves then from batu caves to kuantan. Okeyyyy la anak ummi ni. Nanti ummi bawak jalan2 lagi. Good girl.
Cuma sepanjang di genting asyik teringat kat babah yang jauh di mata, dekat dihati..nun di temerloh..rindu wooooo..mcmmn la kalo pa dapat kije akuantan tu nanti??? pasti jdi KL postingnya..kalo la babah pergi..tinggalla Damiea dan ummi di Kuantan ni..merana diri..wuwuuwuwu babahhhh...ekekek berangan laaa..
Percutian bersama adik beradik dan ma ni amat mneyeronokkan..

ok..layan gambar ajerlaaa..




Damiea bersama mak tih ( adik aku no 3)




Damiea main buaian..tapi da ngantuk..sian anak ummi yang baik ni..kekkeke baik punya puji anak sendiri


Tok, moksu ummi( adik bongsu) bersama cucu-cucunya


Damiea ngan tok dan maklong


Damiea dan tok.tokki maner???tok duk umah jaga lembu dia..heheh


The hiphop Damiea


Damiea ngan ummi, maklang ( adik pas aku) dan Dhia(sepupu Damiea)


Damiea dan ummi yang dah penat dan mengantuk..


ni la adik beradik aku, yang tak de along dan ja ( adik no 2)


Damiea dan apok ( satu-satunya adik lelaki aku)


Sian anak ummi mate da rebeh..mengantuk


waaa tengok tu aku yang terlebih sudah..siap wat peaceeeee tukekek
dan gambar bonus...
































































pastinya aku dan Damiea.Ni pos ala-ala artis gitu..kikiki.abaikan lemak berketul2 kat pinggang aku tu yer..

Rabu, 20 Mei 2009

this is trrrrrrrue story

Permulaan pagi yang tidak bagus untuk hari ini. Saya masih lagi bersiaran langsung dari SUK Pahang. Masih ada separuh hari lagi untuk habiskan kursus. Yeahhhh baby pagi tadi saya lewat masuk kelas. Dan semua itu telah direncanakan.hahahha..i'm bad womann..ngaahahahah. Sepatutnya kelas bermula 8.30am, saya masuk kelas 9.00am..tak baikkan saya. Sepatutnya itu tidak berlaku, tapi disebabkan kesengalan keberanian saya maka perkara tidak baik itu berlaku jua. Tapi dalam pale otak aku ni mikir. Mesti kelas start lewat jugak sebab menunggu kelas penuh. Lagipun hari semalam aku yang terawal. Pukul 9.00am baru start kelas. So malas nak melepak lama sangat dalam kelas, biala hari ni aku pulak yang lewat..Haruskah????kehekeh

Jam menghampiri pukul 8.00am..encik hubbyku bertanya

hubby : weii tak siap lagi ker?( biasa maser ni, da gerak)
Me : hari ni kursus start kul 9.00am. ( apakah???? ini menipu suami jua)sorry babah..kehhekeh
hubby : Leh pegi sarapan dulu ah?
me : boleh..jommm..
hubby : yeyyy..leh makan nasik lemak.. ( apakah??? ni peminat fanatik nasi lemak makcik Jore )

Dan kami anak beranak makan dengan banyak untuk penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat senang hati..

8.45am aku baru gerak ke SUK pahang. Drive sendiri ok ke sana. Malas nak naik kete jabatan sebab nanti aku takleh menyinggah kemana-mana. Sampai ajer kelas dah start.
Nasib agak baik sebab kelas baru ajer bermula.. tak tertinggalla aku..heheheh

Moral of story : hari ni nasib saye agak baik..bersyukur..walaupon niat saya tak betul.

Selasa, 19 Mei 2009

Bohsan

Bersiaran langsung dari SUK Pahang. Hari ni saya menghadiri kursus Internet dan email. Terasa bosan sebab rase bongkak dan dah terer.wakaka . Maka sambil menyelam sambil tangkap ikan..kakaka dengan rajinnya saya menziarah blog rakan-rakan dan juga memblogging. Tapi sungguh bosan kursus ni. Hanya badan disini tapi kepala hotak, hati, jantung, buah pinggang semua entah terbang kemana-mana..mungkinkah dirumahku, syurgaku, di eastCostMall? Kuantan parade? megamall?..hahahhaha. Owhh suamiku, Ouwhh anakku..aku merinduimu..Tingtong!!Waaa nampaknya hati sudah ada dekat rumah ni...lambat tol pukul 1.. nak balik nyusu Damiea ni. mesti Damiea dah haus ni.

Tiba angin berangan dah datang.. Apa tema kaler untuk raya ni yer. Teringin pulak nak survay kain. Harus dah beli kain dan hantar jahit ni..wakakak..padahal raya lagi 3 bulan lebih kurang..Puasa????belum ganti lagi ni..kehkeh..bulan 6 ni harus juga ganti puasa. Rasanya tema kaler baju raya nanti nak hijau gelap la. Damiea harus dicari kain cotton.pasti selesa untuk tubuhnya yang gebuss itu.

Waaahh saya sungguh rasa jemu dengan kursus ni..tolonglah..idea utk memblogging tak mari lagi. Mood kuarang bagus..lebih senang menaip apa yang terlintas dikepala hotak ini.Nka cerite pasal percutian digenting juga tesa malas.kekekek..tapi pengalaman kesana memang best. Macam tak percaya saya mencuba naik permainan roket itu. Entah apa namanya..tapi amat menakutkan..tapi try jugak sampai tertanggal tudungku dan terbang entah kemana..kehekek..nantila citer semula bab genting ni..

Terasa mahu selitkan jugala cerita mengulor hari semalam. semalam setel urusan kat site sesi pengularan telah berlaku. Tak baikkan saya..sesi tersebut berlaku di Eastcostmall. Waahh banyaknya sale untuk baju budak2..geramnya nak beli. tapi memandangkan sudah diakahir bulan maka dilihat pada dompetku yang sudah berbaki tak sampai RM50.00 maka pendamkan sahaja hasrat membelibelah..makan hati tengok liza (sahabat mengulorku) beli baju anak. Rasa taksub pon ada kat die, wahh diakhir bulan pon leh merembat banyak baju untuk anak. Waaa makcik jeles sebenarnya..nak shopping baju Damiea juga. Singgah sebentar di Cl*rk..waaa ada kasut baru sampai. terus berkenan dihati, tapi tak dapat rembat sebab budget untuk kasut tersebut telah digunakan semasa di Genting. Mahal nak mampus barang kat sana. Gileeee..wahaiii hati sabarla engkau..tunguuu sahaja.mungkin entry ni boleh membantu??babah????kakakakaka

Khamis, 14 Mei 2009

Petang Khamis nan Indah


huhh petang ini agak tensen sikt...waaaaa macammane name Damiea boleh tercicir dari senarai ke Medan ni??????Nama laki aku dan aku dah ada. Jadi aku terpaksa cari sorang lagi unuk tumpang nama Damiea. Kalau tak Damiea tak dapat ikut....waaaaa..aku la menangis. tapi aku konpius la..budak umur 11/2 kene charge ker kalau naik kapal terbang???aku tak tau tak pernah lagi naik flight. Apa yang dimaklum oleh incharge tu untuk budak umur 2 tahun ke bawah kene charge separuh harga. Dari sumber lain sepatutnya free. Tapi tak kisahla janji Damiea ikut ummi dan Babah. Aku ada tanya budak opis aku ni nak pergi ke tak. Dia masih lagi dilema. Memang dia nak pergi sangat. Esok dia ber keputusan. Harap sangat die pergi. Leh Damiea tumpang.uwuwuwuuw..Kalaula Damiea tak dapat pergi terpaksala aku berundur diri.

Rabu, 13 Mei 2009

Rabu ini



Saya tengah seronok hari jumaat ini akan ke Genting bercuti-cuti bersama keluarga tapi sayang babah tak ikut. Sangat menghampakan. Pasti akan kerinduan nanti.owhh babah..Saya akan drive sendiri ke Genting. Macammana ya. Harap Damiea tidak meragam. Harap babah dapat ikut tapi babah ada kenduri belah keluarga babah. Hanya ummi tak join..hehehheeh. Takpe ke babah. Kira ummi dah join pergi Perak tu ok dah kan..hehehhe. Tapi ummi dan Damiea nak babah ada sekali. Sungguh tidak bermakna percutian ini tanpa babah bersama kami. Wuuuuuuwuuuu..babahh..(sambil wat muke jebik dan ingus meleleh-leleh..)

Saya juga tengah seronok nak mencari kasut. kehkeh. Kasut yang selesa dipakai. Sudah ada berkenan di hati di Cl*rk. Sudah beberapa hari survey. Tunggu masa sahaja nak capai. Tapi cuba survay brand yang lain yang mungkin lagi selesa dan murah sedikit. Boleh dipakai ke site, dan pastinya ke Medan nanti... Yahooooo... 3-7 Julai 2009 akan berangkat ke Medan. Lambat lagi tapi sudah memasang
angan..hahhahah...seronokkah???






Ahad, 10 Mei 2009

Hari ini






Badan masih lagi belum sihat sepenuhnya..Kepala masih berat dan berpinar-pinar. Dalam tempoh badan tidak sihat, kesayanganku Damiea juga turut demam. Ini kali pertama sepanjang usianya Damiea demam teruk. Suhu badan mencecah 40.4C..haaa agak mendebarkan dan membimbangkan babah dan ummi. Babah dan ummi bawa Damiea jumpa doktor pakar kanak-kanak. babah dan ummi dimaklumkan Damiea ada tonsil kat tekak dia dan dah bernanah. Haaa.. sedih hati dengar. Harapan ummi agar Damiea sihat sentiasa, tapi kali ni antibodi Damiea tak kuat untuk melawan sakit itu. Kesian anak manja ummi. Dan untuk demam kali ini, Damiea muntah-muntah untuk pertama kalinya dalam usia 1 tahun 5 bulan..dan part paling dramatik Damiea termuntah atas ummi dan babah..mandi muntah kami..hehehe..tapi takpe..ummi dan babah tak kisah..itu perkara biasa. Damiea sekadar muntah susu dari tubuh badan ummi sahaja. Babah dan ummi kasi makan ubat, tapi maha payah Damiea nak telan sampai kami terpaksa paksa Damiea guna cara keras..hehehhe..kesian anak ummi. Meraung raung macam kami pukul dia pulak. Susah hati.. takut juga Damiea tersedak ubat. Bahaya tu..Tapi babah dan ummi buat tu untuk pastikan Damiea cepat sembuh dan main dan ceria macam biasa. Kemingkinan Damiea demam kuat juga mungkin sebab Damiea nak tumbuh gigi geraham bawah. ummi tengok dah nampak macam dah tumbuh gigi sikit. Nampak putih-putih dah. Diusia 1 tahun 5 bulan Damiea dah ada 12 belas batang gigi..sangat comel gigi itu.

Dan hari mungkin Damiea belum sembuh sepenuhnya, sejak demam ni Damiea dah pandai mengamuk, menangis dan menjerit sekuat hati..Aduhhh kesian pulak ummi tengok.tak sihat sepenuhnya lagi kot. Sedih pulak hati nak tinggalkan Damiea untuk pergi kerja..wuwuwuw. Pagi tadi masa ummi balik menyusu Damiea, lepas nyusu Damiea ambil kunci kereta dan bagi ummi, kemudian menangis tunjuk kereta..rupanya nak suruh ummi bawak Damiea berjalan..adehhh..ummi bawa Damiea pergi minum pagi. Kat kedai makan Damiea menangis-nangis..merengek-rengek jugak..tak hadam ummi makan. Bawa balik sampai umah ajer tak mahu turun dari kete pulak. adehhh lagi.puas pujuk kemudian letak dalam buai..menangis dan mengamuk lagi..ummi berlalu meninggalkan dan membiarkan Damiea menangis sekuat hati bersama uwan walaupun hakikatnya hati ummi tidak merelakan pemergian ini. Kalau la dapat mahu sahaja ummi bercuti tanpa gaji selama 4 tahun demi untuk menjaga Damiea.Alangkah indahnya mimpi itu. Tapi tak dapat sayang sebab hutang ummi berlambak nak dijelaskan. Kalau tidak bekerja tak berbayarla hutang itu.
Ummi juga tengah runsing, uwan Damiea dah berbunyi nak balik kampung dah, maknanya ummi perlu cari pengasuh atau taska. Tak sanggup rasanya menghadapi keadaan itu. Ummi tak dapat membayangkan situasi itu. Ummi dan babah belum bersedia nak hantar nursery atau rumah pengasuh lagi selagi belum berusia 2 tahun.Biarla Damiea menyusu susu badan ummi selama 2 tahun cukup. Biarla Damiea mendapat khasiat susu badan ummi sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun. Selepas itu ummi masih berkira-kira mahu mneyusu Damiea lagi 1/2 tahun. Tapi mungkin belah petang dan malam sahaja.Insyaallah. Biarla Damiea, ummi, babah berada pada zon selesa lagi. Damiea selamat berada bawah jagaan uwan Damiea lagi. Alangkah selesanya keadaan sekarang ini, tidak perlu bimbangkan keselamatan Damiea, tidak perlu gusarkan keadaan Damiea sepanjang ummi dan babah bekerja kerana yang pasti uwan Damiea menjaga Damiea sebaik mungkin. Kalau hantar Damiea pada usia sekarang ke nursery atau pengasuh sudah pasti emosi Damiea terganggu. Macammane Damiea sesuaikan diri????argggghhh tenssenla..kalau dari kecik mungkin tiada masalah..emosi ummi dan babah juga pasti terganggu.
Kalau diikutkan penagsuh ummi dah jumpa, nursery juga sudah dicari dan disurvey...yang tinggal cuma ummi dan babah masih belum merelakannya.wuwuuwuwuw...

haaaaa semakin berat kepala ini, hidung makin tidak selesa, tekak makin sakit. mata makin pedih....tapi ummi kena kuatkan diri untuk terus gagah bekerja untuk rezeki, untuk babah sayang, untuk Damiea sayang.....kuatkan diri untuk terus berdiri untuk menjaga keluarga tersayang.:)

Selasa, 5 Mei 2009

Sakit Badan



Haaa sudah lama tak blogging. Sibuk sungguh..
Hari ni badan sungguh tidak bermaya. Rasa lemah longlai tiada kudrat. Tekak rasa perit. Hidung rasa semacam. Mata rasa berat. Haa sungguh rasa tak bermaya. mahu menaip entry ni juga sungguh rasa tak larat.
Rasa mahu berbaring melelapkan mata. Merehatkan badan...
Banyak gambar nak upload.
cerita anak tersayang
tapi masih sempat.
bila badan sudah sehat semula
bila ada kemampuan
pasti akan tertunai janji..ummi