Selasa, 21 April 2009

Rawan

Bersiaran secara lansung lagi dari Kolej Komuniti Mentakab, Pahang. Hari ni hari terakhir berkhusus. Hari ni habis pukul 2.00 petang juga. Berbalik pada angan-angan mat jenin semalam iaitu mengajak encik suami tercinta ke IKEA..ya puan-puan itu adalah angan-angan taik ayam ajer.yakkk!! Tidaklah kesampaian cita-cita tersebut kerana aku tidak konfiden nak bagitau laki aku keinginan membuak-buak tersebut. Ini kerana keadaan kewangan aku sendiri tidak memberangsangkan sementelah telah menyumbat segala mala duit yang ada ke dalam akaun ASB pada minggu lepas. Ingatkan boleh juga mengikis duit lakiku, tapi arakian juga aku lupa lakiku turut menyumbat segala male duitnya ke dalam ASB dia. Maknanya kami enggak ada duit cash yang banyak sekarang ini. Hanya bersaki baki cukup-cukup makan sebelum dapat gaji. wuwuwuwu. Aku kering kontang hari ni. Duit hanya berbaki tak sampai RM100.00. Wuuwuuwuu. Selain dari masalah kewangan rasanya keinginan tidak logik aku itu akan ditolak mentah-mentah oleh sang suami kerana mungkin pada matanya adalah amat tidak boleh diterima akal sekali idea hampeh tersebut. Makanya pada petang itu aku hanya gigit jari dan memoncongkan bibir mulut sampai boleh ditarik dan diikat pada tiang lampu agaknya. Hati juga dilanda badai taufan yang bisa membunuh segala mala sekelumit rasa bahagia dijiwa kala itu. Dan yang pasti sang anak dan sang suami menjadi mangsa amukan puaka aku itu. Mungkin dalam hatinya berbisik " apekehal lak minah ni tak pasal2 moncong dan berangin tak tentu pasal, buruk tol perangai." hahahahhahah aku gelakkan diri aku yang tak berapa nak betul ini.

Walaupon tidak dapat ke IKEA hatiku berbunga riang kerana suami kesayangan telah membawa HANYA AKU & DAMIEA berjalan-jalan keliling bandar Temerloh. Terasa bahagianya walaupun seketika. Sisa malam dihabiskan hanya kami anak beranak. Makan kat secret recipe. Gembira hati bukan kepalang kerana peluang ini bukan selalu dapat.Dibibir nan indah ini , buekkkk bergaris senyum simpul nan manis sekali

4 ulasan:

Diver Mom berkata...

hehe.. sabar ya.. saya pun kadang2 dah sangap x da duit, tapi gatal nak gi shopping.. nasib baik Mr hubby baik ingatkan "kita tak dak duit ni.. kena berjimat".. hihi.. :) kalau tak.. alamat masuk ke kad kredit la nampaknya! :)

hajarus berkata...

ala.. shiannyer k.nina...

xpe2, t insyaallah murah rezeki dapat la tu k.nina ke IKEA tu yer...

so senyum cikit... hihihi....

MeL berkata...

temerloh ye? kampong husband i tu ;p

Unknown berkata...

hehehe, kita selalu plan tapi selalu tak jadi...