Khamis, 2 September 2010

Cita-cita?? angan-angan??

Berteman secawan air soya (ni mungkin bertambah-tambah) dan sehiris kek coklat mari kita bercanda riang di arena blogging..heheh.. Anak dara Damiea Al Husna dan anak teruna Umar Ar Rayyan, Bapanya suami kesayangan sudah lena diulit mimpi. Seharian bergelut dengan kerenah anak-anak amat memenatkan tapi makcik pueh hati anak-anak depan mato. sekarang tiba masanya mencurah dan melampias segala nafsu-nafsi di alam maya ini.


Iklan sekejap..



Coklat ni sangat sedap. Ermmm sedapnya. Sangat kena dengan selera yang bisa menggugat berat badan yang masih lagi berat dan terus memberat. hehehe.




Berbalik pada agenda asal bukan nak cerita pasal coklat tapi nak cita pasal cita-cita. Cita-cita ke?? angan-angan?? saya sendiri pun tak tahu nak rumuskan macam mana. Mungkin angan-angan yang menjadi cita-cita. hahaha..Ada agenda merapu disitu. Ok being series!!!!Saya sebenarnya berminat nak berniaga dan mengharap berniaga itu akan merubah kepada kehidupan yang lebih baik dan mengharap melalu berniaga dapat membantu orang yang memerlukan. Mungkin anak-anak, mungkin suami, mungkin kaum keluarga terutama ma&abah dan mak dan mungkin juga sesiapa sahaja. Tak dapat banyak membantu mungkin sikit pun sudah cukup. sebelum bercerita panjang mari saya ceritakan angan-angan mek jenin saya ya. Haaa kalaula dimurahkan rezeki melalui perniagaan ni antara agenda yang saya sematkan dalam hati dan perlu saya buat adalah mesti saya bantu ma&abah sayala. Mungkin boleh hulur lebih sikit dari biasa saya hulurkan. Rumah mak kat Paya Pulai dah agak usang, lantai dah makan dek anai-anai..sedih tengok, mungkin rezeki lebih dapat baiki rumah mak bagi mak hidup selesa di usia emas ni. Mahu menyimpan untuk pendidikan anak-anak agar nanti mereka tidaklah meminjam dengan PTPTIPU atau mane2 sumber yang buat diri sakit kepala nak membayar lepas habis belajar. Contoh terbaik adalah ummi ni..heheh. terpaksa meminjam, nak harap ma&abah mmg tak dapatlah. Jadi saya akan pastikan anak-anak senang, tapi masa belajar jela. lepas habis belajar cari sendiri ok. ummi dah hantar sekolah tinggi-tinggi belajar pandai-pandai yer pastu rancangla hidup sendiri, cari duit sendiri yer. hehe. Babah juga harus dibantu, rezeki itu akan dikongsi bersamamu wahai kekasihku, mungkin ringankan sikit beban babah bayar rumah, kereta, atau mungkin beli rumah dan kereta baru atau beg GUCCI baru.. wahahaha.. itu dia nafsu duniawi sudah keluar tanduk..kakakka. Pastu nak pergi MAKKAH la. Teringinnyala, kalau la diberi peluang, tak dapat pi Paris, London, Bali ka, mana-mana ka dapat pi Mekah syukurnya la. Terasa segan nak menjejak kaki dibumimu itu ya ALLAH, mengenang hinanya diri disisimu, tapi sudila kiranya menjemput dan menerima kami suami isteri, mungkin anak-anak, ma&abah dan mak sekali kesana sebagai tetamumu. Sekali pun cukupla. Murahkanla rezeki kami ya ALLAH.




Okey berbalik kepada intipati cerita asal, marila saya cerita kisah sebenar-benarnya. Cehh ayat macam ada orang baca jer cerita panjang berjela-jela ni.. Tetapi seandainya ada yang baca cerita yang berjela-jela dan merapu ni. YA KAMU!KAMU!KAMU!KAMU yang terbaca, atau tersinggah sudila andainya kamu mengklik nuffnang saya agar dapat saya beli sebuah hanbeg jenama G***i dengan duit itu..kakkaka. Saya mengaku dengan ikhlas duit nuffnang itu memang saya mahu beli beg.kehkeh. Aku muka tak malu!!! okla sebenarnya saya sudah suka dengan produk-produknya dan tentu sekali saya suka dengan pulangannya nanti. Siap duk koya nak berhenti kerja jaga anak sesambil berbisnes.Boleh?? punyer kuat berangan. Padahal belum apa-apa lagi baru orang tu nak cerita angan dah tinggi memuncak dah sampai klimaks.heheh. Dan saya sangat percaya dengan bisnes ni memandang pada kejayaan bisnes ini yang dah lama bertapak di dunia perniagaan ni. Sangat bagus untuk masa depan anak-anak dan saya serta suami. Sang suami tersayang jugak sangatla menyokong dan mahu keluar modal dah. Tapi tadi saya jumpa seseorang untuk bertanya pasal bisnes ini. Mesti la siasat baik-baik dulukan sebelum apa-apa. Dan ternyata sangat bagus. yang tak bes bila 'dia' cakap perlu hadiri kursus selama 20 hari kat Kuala Lumpur!! what??? masa tu sayer duk mikir anak-anak. Terus angan-angan hancur lebur terbang sudah..Mana mungkin saya dapat berpisah dengan anak-anak walau seketika. Mau hari-hari bengkak mata aku ni nangis jer. Memang betul mahu berjaya perlu banyak pengorbanan dan jangan banyak alasan. haaaaaaah saya dalam dilema. Umar yang saya risaukan. Masih terlalu kecil untuk ditinggal-tinggalkan terlalu lama. Sangat kasihan. Mau saja diangkut kesana, tapi mau tinggal sama siapa?? hanya ada abang ipar disana. ermmm. Kalau difikir 20 hari bukanlah terlalu lama. pejam celik habislahkan. Kalau saya terima job ni, perlu ambil cuti tanpa gaji lagi, almaklum cuti tahunan dah tak cukup 20 hari, banyak saya guna masa nak bersalin hari tu. ermmm lagi, berapa kali mau errrmmm la. Errrrmm lagila.



Setelah fikir panjang mungkin ini bukan rezeki untuk saya dan anak-anak. Rasanya saya memilih anak-anak. Biarlah bukan rezeki sekarang, mungkin kemudian hari bila anak-anak dah besar.mungkin rezeki lain akan bergolek tiba yang tidak memerlukan saya berpisah dengan anak-anak untuk sekian lama. Tak sanggup rasanya. Itu mungkin alasan saya. Biarlah saya hidup dengan alasan itu andai itu memberi kebahagian untuk saya, suami serta anak-anak saya. sepanjang hidup saya saya belum pernah mencapai kejayaan yang gilang-gemilang,mahu menggengam ijazah pun tak berjaya lagi ni, tapi takpela mungkin anak-anak serta suami kecintaan yang dikurniakan untuk saya adalah kejayaan gilang gemilang pernah saya capai dunia akhirat. dan insayaallah saya takkan sia-siakan.

Saya harus lupakan cita-cita dan angan-angan ini sebab kenyataannya adalah suami, anak-anak kesayangan hamba. Amin. Berccita-citalah untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa itula cita-cita dan angan-angan sebenar. Ingatan buat diri sendiri.



Cita-cita dan angan-angan yang menjadi kenyataan dan kejayaan nombor 1. Damiea Al Husna binti Mohammad kesayangan ummi. Sayang kamu selamanya.


Machoman.heheCita-cita dan angan-angan yang menjadi kenyataan dan kejayaan nombor 2. Umar Ar Rayyan bin Mohammad kesayangan ummi. Sayang kamu selamanya.


Kejayaan terbesar ummi dan babah setakat ini.

Salam ramadhan dari diri ini.

1 ulasan:

hajarus berkata...

walau n3 akak ni agak panjang.. berjaya juga hjr bc dr mula sampai abis... huwa3x... amboi kak business ape la agaknyer yg menjadi angan2 & cita2 akak nih... Insyaallah mudah2an akan akak kecapi walau tdk hr ini mgkn di hr esok.. Amin... :)

anyway cantik & macho anak dare & anak teruna akak nih... hjr jugak yg msh setia menanti, berusaha & berdoa utk kecapi kejayaan terbesar ni... Insyaallah mg2 Allah murahkan rezeki hjr & hubby.. Amin...