Jumaat, 26 Februari 2010

Agenda terkini

Sebelum bersalin saya ada beberapa agenda yang harus diselesaikan. Saya mahu kemas rumah sebersih-bersihnya. Rumah harus dimop,debu-debu harus divakum. Sawang-sawang disiling harus dibuang. Dapur harus digilap bersih-bersih. Segala bahan-bahan masakan harus ditupperwarekan dan dilabel serta disusun kemas. Harap saya mempunyai tenaga exstra untuk itu. Semalam semua barang baby dah dikemas. Baju-baju. dah siap dibasuh. Dan sebahagian barang baby akan dipunggah ke rumah 'ma' saya hari ni. Dan petang ni juga saya mau ber'babymoon', dah lama mau pergi tapi 'baby tu' tak mau layan. Takpela tak dapat pergi jauh di sungai lembing pun sudah memadai. Hehe..

Rabu, 24 Februari 2010

Keprihatinan anda melegakan saya..

hahahha..tajuk baiiiiiik punya kan..Okey berbalik pada tajuk diatas mari saya bercerita..


Dua tiga hari ini, perut ni memulas-mulas ajer, sakit perut sekejap-kejap, pergi bilik tapi membuang ciput ajer..hahaaha..Tidur makin tak selesa, dada rasa penuh dan rasa sesak. Pangkal ari-ari rasa sakit-sakit, nak berjalan pun rasa sakit. Mungkin mengalami braxton Hick, dibulan-bulan akhir ni. Ouwwhh saya sangat suka bercerita dan mengadu disini diblog ni, rasa sungguh selesa dan puas. Mengadu kat orang disekeliling pun orang boleh sekadar dengar aja dan lepas tu buat tak tau ajer. dan mungkin dalam hati orang sekeliling tu kata kita berlebih-lebih, padahal anak dah nak masuk dua. Macam tak biasa. Tau kah kamu mengandung kali pertama,kedua ke, ketiga ke dan keseterusnya ke pengalaman dan rasanya adalah berbeza-beza. Dan kami atau mungkin saya seorang amat memerlukan keperihatinan yang lebih sikit dari orang sekeliling.hurmmm itulah pengorbanan seorang wanita yang menjadi ibu.

Pagi tadi ke stesen minyak berhampiran rumah untuk isi minyak kereta sambil berharap pam attendent yang perihatin sudi tuangkan minyak memandangkan Damiea ada sekali makanya sangat sukar bagi saya untuk isi minyak, mesti Damiea nak turun jugak. Rasanya agak bahaya budak sebesar Damiea duduk berhampiran dengan tangki minyak. Sesudah membuat pembayaran, time nak isi minyak penutup tangki buat hal. Jemla pulak, tak mau bukak pulak, seperti kebiasaan harus tekan sikit baru buka.Saya minta bantuan dari pam attendan tekan sikit tangki minyak kereta saya sementara saya dalam kereta tekan tuil minyak. Saya juga mengharapkan pam attendan tadi itu sudi bantu tuang minyak. Tapi harapan saya musnah. Boleh pam attandan tu buat tak tau ajer. Saya turun, matikan enjin, buka tingkap dan pujuk Damiea yang ummi nak isi minyak sekejap ajer, Damiea tunggu dalam kereta yer. Nasib baik Damiea dalam mood yang baik, jadi dia dengar kata. Saya turun isi minyak sambil pam attendan tu memerhati saya. Lantak ko la, aku pon boleh isi sendirila. Huiihh lenguh jugak kaki ni nak berdiri lama sampai tangki penuh. Kemudian datang la hamba Allah yang baik hati ( pam attendan di pam lain ) sorang ni, cakap" meh kakak saya tolong tuang minyak, kakak mengandung dan sangat bahaya bau minyak ni untuk kakak dan anak, sepatutnya pam attendan harus maklum pasal ini, sebab sebelum bekerja kita dah brief pasal ni. Kalau aweks cepat aja nak tolong.". Saya balas "ermm tak pala". Dalam hati ada gak yang perihatin..terharu rasa dan-dan tu jugak rasa sayu hati.
Memang betul ke bahaya kepada wanita pregnant bau minyak ni. Tapi saya gasak ajer. Dah nak minta bantuan orang lain segan pulak, karang dikata kita mengada-ngada, mentang-mentang mengandung banyak songeh dan berlebih-lebih pulakkan. Takpela saya buat sendiri aja. Apa-apa berlaku saya yang tanggung. Begitu juga kalau kerja berat. Susah-susah sangat saya buat sendiri tak perlu bantuan orang lain. Minta bantuan orang lain payah, karang dikata kita mengarah dia pulak. Itu pun tak boleh buat sendiri. ermm takpela saya buat sendiri. Sakit atau apa-apa jadi saya tanggung sendiri. Tak berkaitan pun dengan kamu. Saya sakit nak bersalin pun saya tanggung sendiri tak perlu bantuan kamu.

Orang sekeliling tanya saya, nanti berpantang di mana? Saya jawab di kampung emak saya. Dah ada rumah sendiri kenapa tak berpantang rumah sendiri. Ehh..ehhh suka hati aku la ( jawab dalam emosi ibu mengandung tapi dalam hati jer la). Yang hakikatnya saya sekadar senyum dan jawab saja nak bermanja dengan emak saya. Saya lebih selesa bersama keluarga saya ketika berpantang, lebih selesa dan yang penting ada yang perihatin mau menjaga saya dan baby serta Damiea. Damiea sudah pastinya mau perhatian jugak. Kalau saya sensorang bersama suami sudah pastinya saya tak terlayan. Kalau di rumah 'ma' saya sudah pasti ada yang rajin nak memanjakan & menengok-nengok Damiea. Ma saya serta adik-adik saya yang ramai tu rajin nak meolong saya. hehe. Lagi satu bila bersama 'ma' saya, banyak pantang larang yang kompem saya ikut sebab saya 'diguard". Kalau saya sensorang pastinya saya main hantam atau tarah saja.hahhaha. Lagipun peluang itula saya nak bermanja dan berehat di rumah saya membesar bersama-sama adik-adik dan abah ma saya. Ouwwhh saya bukan mau menyusahkan orang tua saya, tapi saya rasa saya lebih selesa bersama mereka ketika sakit. saya tau kelemahan saya ketika sakit, mau tak mau saya nak mak saya jugak. Betul la kata orang time sakit, time susah mak ayah jugak dicari..hehehe..mungkin orang lain tidak, tapi saya begitulah.

Rasanya itu sajalah bebelan saya yang mengikut emosi ibu mengandung 70%..hehehe. Tengahari kejap lagi saya mau rumah basuh baju baby. Hantam pakai mesin basuh aja. Saya tak larat nak basuh pakai tangan, kalau saya basuh tangan konfem petang karang saya melepek sampai pagi. dan mulala saya akan bad mood. Sudah pastinya saya tak dapat layan Damiea. Kasihan dia. Sebagai alternatif saya akan sumbat baju baby dalam sarung bantal besar agar baju baby tak rosak. Maklumla baju baby kan sangat soft, takut rosak pulak. Sekurangnya masuk dalam sarung bantal terjaga sedikit. Saya tak da pembantu yang sudi nak basuh baju baby..hantam sajala mak labu..heheh

Ahad, 21 Februari 2010

Adik Damiea

Akhirnya berjaya juga upload gambar adik Damiea ni..ermm gambar agak kecik, sebab tukang scan tak besarkan..
kena klik pada gambar kasik besar.


Gambar ni ummi scan mase baby masuk mececah 4 bulan, jai boleh nampak semua sekali sbb baby masih lagi kecik..memang exited ummi masa ni.First time buat scan 4D.


Yang ini masa 29 minggu..sudah besar.Tapi Doc Chong susah nak ambik gambar terbaik punya sebab Baby tidur telengkup, puas gerak-gerakkan perut ummi, baru baby gerak sikit, tapi terlindung pulak ngan tali pusat dia. Tapi okla kan. Sebagai kenang-kenangan yang boleh ummi tunjuk kat baby bla baby dah besar nanti. Masa Damiea dulu ummi tak tau ada pulak scan 4D ni kat Kuantan. Jadi scan biasa ajerla. Takpela yang penting duaa-dua kesayangan ummi.

Malam tadi ummi kecil hati tak dapat minum teh tarik dari kedai (mention kat sini dari kedai ye, buat sendiri tak sedap) dan ayam KFC. Ummi dan Damiea kena tinggal dengan babah kat rumah. Babah pergi tengok wayang dengan kawan dia. Hemm tak bagitau pun kat ummi. Ummi kecil hati sebab babah tak bagitau, masa keluar ngan abang lan tu ummi ingat babah nak pergi minum ajer. Kalau bagitau mungkin ummi dan Damiea tak tertunggu-tunggu. Mungkin ummi boleh keluar berdua dengan Damiea ajer..ada hati tu.Tinggallah ummi berdua saja dengan Damiea. Sampai hati. Bila ummi message nak makan ayam baru bagitau. Yer laaaa.Sungguh sensitif tika-tika sudah sarat ni.
Sampai sekarang ummi masih lagi sedih. Tak pela...
tarik nafas panjang-panjang.Lupakan sahaja itu semua mainan perasaan sahaja. Masalah kecil saja tu. Apa pun babah tetap terbaik, sebagai balasan babah mungkin boleh belanja beli ni macam yang kita tengok kat TWIN hari tu..hahahaha


Yang ini sangat perlu untuk kita balik kampung rumah mak nanti. Nanti ummi, Damiea, baby kena duduk sit belakang kalau pergi jenjalan kemana-mana, makanya baby harus duduk dalam ni, sebab mesti Damiea yang konker riba ummi nanti. Kasihan kat baby, sekurang-kurangnya baby selesa duduk atau tidur dalam tu untuk perjalanan yang jauh.


sebab nampak ringan dan sesuai ajer untuk babykan.mesti beli ni.Tak dapat tukar kereta selalu dapat tukar stroller pon dah kira okey kan.hahhaha. semuanya duniawi.
Tapi kalau tak dapat, tak pela. Mungkin layan berangan sajakan.

Khamis, 18 Februari 2010

I Like..

heheh..akhirnya setelah difikir semasak masaknya dan keputusan dah di buat saya pilih NONaroguy akhirnya. En mohammad juga sudah memberi kebenaran. Terima kasih babah. I love u 4Ever.. Dan pembelian dibuat disini Pusat Jualan Nonaroguy. dengan harga yang sangat memuaskan hati...syukur amat..

Selasa, 16 Februari 2010

Orang kata


amway ni bagus dan sangat okey.. haaaa kan aku dah konpiuh dan teruja nak makan benda alah ini..gatai pergi google kenape?? Teringin juga nak cuba ini memandangkan harganya yang agak murah dan percuma bengkung..heheheh.

ke yang ini.....aduyaiii...
ini diakui memang bagus..


sendiri fikirla..kenkawan yang ada pengalaman leh kongsi..

tapi ikut pengalaman akula..maner2 pon ok kot. Masa bersalinkan Damiea memang aku langsung tak ambik aper jamu atau supplement coz aku ceaser. Pas habis pantang bagai, umur Damiea 4 bulan abarula aku ambil nona roguy itupon hanya Pil Pyonatal ( yer ker aku eja ni hantam sajala mak labu). Tapi berat aku memang balik asal la..besss...takpe banyak masa lagi..leh fikir lagi.







Ada juga terasa nak pakai ni..orang kata bagus jugak..nak cuba jugakla..mana tau dipermudahkan bersalin. Iktiar sahaja disamping amalan membaca surah Maryam..
produk ni diperbuat daripada minyak kelapa dara,minyak habbatus sauda dan diadun dgn herba2 terpilih khusus untuk wanita hamil

Berasaskan minyak kelapa dara, minyak habbatusauda dan herba terpilih. Diambil oleh mereka yang hamil 7 bulan keatas. Sapukan minyak ini dibahagian perut, pinggang, pinggul, hingga ke kaki setiap hari sehinggalah hari bersalin. Selain itu ia juga diminum satu atau dua sudu besar pagi dan malam. Untuk memberi hasil yang lebih baik anda dinasihatkan kerap mengambilnya pada hari-hari terakhir menanti kelahiran

Apa ada pada nama??

Fuhhh sonot hari ni sambung cuti lagi sehari melayan Damiea yang sungguh banyak keletah yang memenatkan ummi ni. Sesambil tu ummi membloghoping. Sungguh rindu setelah 4 hari tak layan blog.Sekarang Damiea tengah layan upin ipin dan ummi dengan bahagianya bertenet. Hari ni ummi sungguh sakit pinggang dan belakang. Lenguh segala anggota badan. Segala urat kaki dan tangan timbul. Sungguh tak lawa.

Pejam celik pejam celik ummi dah masuk trimester ketiga. Sungguh penat dan tak larat. Time pregnantkan Damiea dulu ummi rasa sungguh kuat, bersemangat dan bertenaga. tapi kali ni hai sungguh kurang tenaga. Mungkin usia sudah tua. hahahah.
Tapi bab prepare barang baby ummi masih lagi semangat. kekeh.. sekarang juga ummi dan babah ngah cari-cari nama yang sesuai utk adik damiea. hmmm rasanya dah jumpa yng sesuai dan berkenan dihati.Ummi dan babah rujuk di sini juga untuk mencari maksud nama baby. keputusannya mungkin sudah muktamad atau mungkin tidak.heheh. Nama baby memang tidak berkait langsung ngan Damiea. Takpela tak samakan, yang penting ummi dan babah memilih nama yang terbaik buat anak-anak kami. Tapi babah dah suka maka keputusannya terletak pada babah. Ummi selaku ibu kepada Damiea dan baby dan anak yang seterusnya akan menurut perintah sahaja. :)

Ingat tengahari ni mahu keluar cari stuff baby lagi. Tapi anak bertuah tidur pulak. Makanya akan ditunda lain hari, atau mungkin malam ni kalau babah larat nak keluar.

Sesejak akhir ni Damiea sungguhla banyak peelnya. Kenkadang memang ummi hilang sabar gak. Tercubit, tertarik telinga dan terbabab jugak. Haiiii kena banyak sangat sabar. damiea sekarang mungkin sedang melalui sindrom nak dapat adik.. heehe suka hati aku ajer bagi nama. Macam yang mak aku cakap. Anak sulung yang nak dapat adik memang akan buat perangai yang boleh buat kita naik darah. Kesian jugak kat Damiea. Ummi harap Damiea dapat menerima baby seadanya. Tengok gayanya sayang sangat kat baby. Asyik nak cium perot ummi ajer, sampai menjejeh-jejeh air liur kat perut ummi..heheh. Sayang Damiea. Mulut damiea pun ah makin ringan sekarang ni. Ader ajer bende yang nak cakap. Sudah pandai mengajuk cakap ummi dan babah. Paling ummi suka bila Damiea sebut.."sayang ummi" saaayangg babah"..aduhai cair jantung..hehehe..sayang mia..hmmm

Sayang Babah, sayang Mia, sayang baby...;)

Rabu, 10 Februari 2010

Melabur lagi

Baru sahaja selesai shopping online bende alah di bawah i ni utk projek untuk adik Damiea. Sebagaimana Damiea menikmati susu ummi selama 2 tahun lebih makanya adiknya juga akan dapat imbuhan yang sama rata juga. Mungkin misi ini akan dinikmati Damiea sekali andai dia sudi dan andai susu ummi banyak. Perlaburan kali ini agak mahal sikit untuk saya, sebab sebelum ini hanya guna pump manual dari anakku, sampai 4 rasenyer ummi dah beli sebab asyik patah ajer. Pastu ummi beli pigeon pump elektrik punya. okey sikit, tak sampai 6 bulan sudah rosak. Hope pelaburan untuk beli pump jenis ini berbaloi-baloi. Kalau tak okey jugak ummi harap dapat beli yang lagi hebat mcm spectra atau medela..keheh..boleh babah. Pump elektrik unimom ni ummi beli disini babyjaya enterprise. Ummi juga sudah beli segala jenis storage utk simpan susu ummi..tak taula peti muat ke tak nanti. Huih tinggi cita-cita. Harap2 dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa. Aminnnnnnn




Untuk kali ini ummi akan buat stok bermula dari dalam pantang lagi. Dulu time berpantangkan Damiea ummi memang buta pasal BF ini. memang ummi hari2 pam susu, tapi ummi banyak buang sebab terlalu banyak. Tapi nasib baik susu memang banyak dan ummi boleh buat stok. Tapi sayang Damiea mmg tak gemar susu perah, sanggup Damiea tunggu ummi balik baru nak susu. Untuk asik damiea ni, ummi nak asuh awal2 lagi agar dapat terima susu perah. Untuk itu juga ummi ambil cuti tanpa gaji selama dua bulan lpas habis cuti perlepasan..heheh.. wahai babah sila sediakan budget kewangan selama dua bulan itu yer. itu sahaja pengorbanan yang boleh ummi buat untuk anak2 ummi dan babah sekali, lagipun leh la ummi merasa jadi suri rumah sekejap sementara ada peluang. walau tak lama kira sudah okey tu..heheheh

Pencarian seterusnya adalah bende alah di bawah ini. Ini utk ummi. Harap kali ni boleh bersalin normal. Dulu time Damiea ummi ceaser so after berpantang baru ummi makan jamu nonaroruy ni. Ummi beli online jugak rasanya kat sini nonaroguy. pengambilan mungkin akan diselangseli dengan pengambilan vitamin dari shaklee. vitamin itu ummi ambil dari kawan ummi. Satu set utk sebulan hanya RM 110 sahaja.

Selasa, 2 Februari 2010

kegalakan bershoping

Status- Tengah galak bershoping barangan baby dan Damiea muahahahaha...sungguh indah perasaan bershoping..nanti rajin aku snap gambor2 barang baby yang dah selamat dibeli dengan borosnya..rasenyer shoping utk baby kali ini melebihi beli utk damiea dulu..dulu banyak tak tau pasal branded2 dan keperluan baby..kali ini sudah belajar dari pengalaman dan sudah tau menggunakan poket seluar suami tercinta..heheheheh tiba-tiba mood spoil teringat kat Damiea kat rumah pengasuh, macamanala keadaanmu wahai sayang. hari ini hari kedua di rumah nanny baru. Hari pertama berdrama swasta air mata di pagi hari tatkala di rumah nanny. pagi ini juga sama, nangis jugak. Untuk pengetahuan kalian semua nanny adalah keturunan mamak. Firt jumpa, tanggapan pertama adalah nanny adalah sangat tidak mesra, muka sangat garang. Tapi cuba ajerla, harap anak ummi selamat di situ. Tetiap hari ketika nak hantar damiea rumah nanny ummi sangat emosi dan sedih. Tetiap hari ummi liat nak hantar damiea.perasaan sedih dan serba salah menyelubungi diri..uwaaaaa ummi terlebih emosi.. takpe2 sabar yer nina, lelama okey la tu.biasekan diri..