Memaparkan catatan dengan label Ummi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ummi. Papar semua catatan

Rabu, 14 Disember 2011

Happy besday damiea

Damiea turn 4 on 13.12.11. Tarikh sangat cantik dan banyak ong kan! Sayang Damiea.

Tahun first sambut Beria Kat secara besar dari yang kecil sikit sebelum ni.heheheh. preparation adalah sehari sebelum. Memang semua sehari sebelum. Makanan semua tempah. heheh. tak sempat dan tak yakin sempat nak masak bagai. Makanan adalah tempahan bee hoon goreng tempah ngan en yazid, seopis. Apam pisang dan apam comel2 tu ngan netty satu opis jugak. kek coklat babah beli ngan opismate die. apam putih teacher mia sponsor. Air milo jugak teache mia sponsor.




comel tak anakanda kami. semangat pakai mask bagai. seronok sangat die. Dah umur 4 tahun baru rase feel seronokkan mia sayang. Tahun depan ade rezeki kite buat lagi yer.





kek juga adalah last minit, mia nak kek boboi. pergi SR seminggu kene tempah dari tarikh nak ambil. Damn!! aku yg suwey, tak teringat ke kek Damiea. Last babah cadang pergi kedai kat area rumah, sib baik mmg ade kek mcm tu tapi kene tempah sehari sebelum. Nasib baik ada angry bird dan mia mmg nak. So go with angry bird kek. Mia beli acsesories birhtday like baloon, mask, wisel and hat. seronok sangat shopping. Pelaboran adalah hanya RM75.60 untuk semua. Kalau tempah kat SR kek sahaja goes to RM258.00. heheh. Suami saya memng bagus bab bagi idea. Aku yang yang mahal saje. heheheh..



Seronoknya anak ummi. Ummi pon seronok mia seronok. Mungkin terasa dihargai. Teringat  time ummi kecik, tokki beli ayam kfc utk meraikan pon kembang kempis hidung. Rindu timetu. tokki pesan kat ummi. "lahir hari merdeka kene jadi orang yang bijak pandai, kene jadi orang yang berjaya tau biar sama macam hari kegemilangan 31.08. ummi lahir hari merdeka sebab tu tok pesan macam tu." oh rindu ke tok dan tokki. Rindu memori zaman kecil, seronoknya duduk dibawah jagaan tok dan tokki.



Budak umar yang seronok makan apam. suke sangat makan sekarang ni.suka makan mee, nasi.. dah debab dah die. ummi like.



kawan-kawan mia. Tak ramai sangat. Almaklum cuti sekolah, jad tak ramai sangat, tinggal yang duk nursery saja.




umar lagi, makan lagi. kawan-kawan mia yang behave. baikla sangat budak2 tu.




decoration adalah sederhana Biasa saja. itu pon cukup meriah ummi rase. bolehlahkan.  Bukan tak teringin sambut besar2 siap bertema bagai. Tapi biarlah ala kadar. Mengajar damiea erti low profile, bersyukur dengan apa yang ada. Ummi niat majlis tu pun sebab nak meraikan teacher-teacher dan kawan-kawan damiea makan2 saje sebab sudi mengajar dan bersama-sama dalam hidup damiea. 




hehehe. notty ummi ni dah bulatkan. time sihat mmg suka makan ini budak. sayang die.




kawan-kawan umar. tak ambil capture teacher, sebab segan teacher adalah sangat lemah lembut dan pemalu semua. Ummi pulak segan kat dieorang. comel2 dan berbudi bahasa teacher miaumar ni.




budak baju kuning tu mmg semangat. heheheh. menyanyi dan baca doa makan semangat gile.hehehe. Mia yang tak sabar tiup lilin. Budak baju kuning tu sibuk jugak tiup lilin time mia tiup.hahahha. kene beli sebiji kek lagi bagi mia puas hati tiup lilin ni. haahah




seronok...seronok..seronok..miakan





makan time. mia makan pon pakai mask..hahaha exited tau.




bila susah nak makan bari nak tanggal. hahahha



Paling terharu babah pon turut hadir dan meraikan birthday mIa. Ummi senyum sampai telinge tau babah yang sangatsibuk mari jugak birtday mia. Ummi Love you babah.

teeeet... nanti cerita pasang pasal gambar ni.




lama tak pakai tudung bawal. hari ni terasa comel pulak. kakakakak..wokeyla..caula

- Posted using BlogPress from iPhone nina

Rabu, 6 Julai 2011

oho Kuala Lumpur

Ermm back to normal life.. 2 hari bercuti adalah bes. Rancangnya hanya selasa cuti sebab nak ke kuala lumpur. bershopping baju Raya anak. Tapi anak perempuan kesayangan pulak demam jadi sambung cuti lagi sehari. Hantar kat boss mesage..

aku " Assalam, mintak maaf sambung cuti hari ni, anak demam. Takdak org jaga. Taska tak boleh hantar kalau demam.'

boss reply " Suruh abg Kawin se lagi. tak keje, senang, duduk serumah- Ok"

aku " ok, Nanti saye bagitau yer."


paham tak mesage yang boss aku reply?? huh!!!

aku malas nak layan.. layan jdi panjang cerite pulak. Gasaklah. Aku cuti ajer. Demi anak-anak aku rela.Kesian nak hantar taska bila tak sihat. baik aku jaga. Cuti Tahunan aku adalah peruntukkan untuk anak-anakku. Tapi boss aku baik punye boss. baik hati sangat, peramah sangat, comel sangat ( hah!! apa kaitan).






Mia hari- hari tanye Aku, hari ni cuti ke Ummi? Hari- hari tau. Kesian anak aku mesti asyik fikir cuti Boleh duduk Ngan Ummi dan Babah kan. Kesian.

Berbalik pada cerite ke Kuala Lumpur. ini mmg mcm mustahil bagi aku sebenarnya. Sememangnya aku tak bergerak kemana-mana tanpa suami tercinta. Nak jadi cerita ade ofismate aku ajak teman ke kementerian dan ajak aku teman. Pada mulanya aku mmg tak nak pergi bila memikir anak-anak. Susah Hati tinggal anak/ laki padahal balik hari jer.hahha. Memang dasar! Then aku saje cerita kat member sebelah aku kat opis ni pasal kawan yang lagi sorang ni ngajak teman ke KL. Laju ajer member sebelah aku ni nak ikut. Then aku ngan berat hati macam nak ikut jugak sebab rase nak shoping baju raya anak cap " Benetton". Kat Kl ajer ader brand ni. Jatuh cinta ngan brand ni. sebab kain die best sangat pas tu discount die banyak. hahahha.. alasan.

Pas tanyer suami tercinta , suami kate boleh. Terus onn.. Damiea demam pulak malam tu. Susah hati lagi nak gerak Kl. Tapi sebab dah janji ngan kenkawan..ok mari ajer kite pergi walaupon hati tak redha nak tinggal anak-anak dan somi ku.huhuhu. Hantar jugak Damiea ke taska , tapi maser tu badan die dedar ajer.

Gerak dalam pukul 8am gituw. Memula cuak gak nak naik kereta ngan kak wan( driver).. kalau kat kuantan gila terkemut-kemut bawak kereta, nak pusing kereta pon sampai 4 kali reverse. hahahha. Tapi bila nak kew El gila terrer bawak kereta, kalau aku confirm sesat. ahhahha. sesampai KEw El singgah Sogo ajerk. Terus aku carik bahagian kids brand benetton. tapi kuciwa bila salesgirkl kate benetton hanya ade kat parkson. huwaaaaa... terus ilang mood shopping.. bebalik pergi area poney jugak. baik shopping ktn jer. huhh. terubat sikit bile jumpa jeans damiea brand levis.. series comei. terus bantai 2 helai.. hambik ko RM200.00 melayang kat situ. tapi takpe.. sekali sekala kan. baju raya mahal sikit takpe. Kite "swipe" ajer. pastu pening laki aku bayor.. hheheheh. sorry baby.. sedap pulak panggil laki mak baby!! bluewekk..

Aku shopping sorang ajork. yang lagi dua orang kawan aku tak tau pi mana. aku mmg target baju anak ajerk. bila takde brand aku nak tu..terus hilang ghairah nak berjalan-jalan. Boring!!! aku turun bawak, jalan area bawah mmg mengarut. Jumpa pulak "CHANNEL"..berangan pulak nak singgah.. last dipujuk rayu beli la jugak pencuci muka dan lip balm.. kahkah...janji brand " CHANNEL" hahahhaha. Geli tau. Dulu mase belajar nak beli pencuci muka safi pon berkire, baik pau kawan punye ajer. hahahahah.






Nanti Rajin Aku cite bes tak Gune ni. Ni lip balm.








Okey ni kawan2 haku. Style dressing mcm haku. Haku adalah skema. Hheehh



Berangan sampai kl makan nando's. Jakun baekk punyer. Rase bolehla. Tekak kg mcm Aku ni tetap kate Aku masak lagi sedap. Hahahahahaha



Ok gambor ngengade, mase ni on de way balik. Pecah rekod first time jalan jauh Tak tido Pergi dan balik. Kalu Pergi Ngan laki haku Kompem tersengguk dan ternganga silap2 dah Kua air lio wangi. Hahahahhahaah





Where is my LV???? Pakai beg brand mahal mane pon, Kalau dah kg, tak kemana jugak. Hahahaah

Dah Aku Nak gi bank. Nak bank in duit kat kawan Aku. Aku Kirim Beli sutras crip. Org Pakai crip ko pon Nak. Caittt

Isnin, 28 Mac 2011

Monday blur

Tengah menunggu 3 barang sampai ke tangan. Meroyan membeli online. Besok mungkin dapat yang berat itu. lambatnya besok. dan yang paling tak sabar menunggu yang itu..lambatnya bulan 5 baru dapat. hati gedik-gedik nak sekarang juga. tak menyabor. Biasala aku ni bila modal dah keluar mesti nak barangnya cepat-cepat. hehheheh

Umar sayang dah boleh jalan..yeayyyy..suka. hari ni umar macam meragam sikit, mungkin sebab nak tumbuh gigi. asyik nak menggigit ajer kerja die. ngeri nak bagi nenen kat dia. budak ni sangatla lasak. sangat berbeza ngan kakak mia. kakak lembut sikit. Adik ganaz tapi sangat senang jaga. Syukur. hari ni mata lebam umar dan berdarah sikit, terantuk kat bucu meja gamaknya. Hari ni maktam dia masih jaga. menurut kata maktam die lari takutkan org mesin rumput kat depan umah tu, masa tu die ngah main2 kat depan tv tu la gamaknya. JAtuh sajer. SEmalam tertumuih maka berdarahlah sikit bibirnya. tu la lasak sanat. Sian manja ummi ni.Minggu depan dah kena masuk taska balik. sob, sob ummi sedih. harap umar ok ajer duk taska yer sayang. Masih full breast feeding. Boleh jalan di usia 10 bulan. sukaaaaa. Kakak dulu 1 tahun 2 bulan baru leh jalan. kakak malu-malu sangat. Adik kuat sikit. Makan tak berapa nak banyak sangat. Kena paksa-paksa baru nak makan. heheh. sangat manja budak ni sorang. suare garau gile, kalau jerit 1 perumahan dengar. hahahha. sayang kamu umar..manja ummi sorang ni.



Kakak mia sorang makin besar sangat la pandai. Dah tau baca alfatihah, walaupon pelat2 sikit2. tapi oklakan di usia 1 taun 3 bulankan. Sayang comei..heheh..manja kededek jugak. Pantang di tegur diusik, menangis sajer. menjerit sajer. Solat pon dah ader kemajuan, dah ader butir2nya. comei sangat kamu mia. Kakak sayang sangat adik umar. Suka menyakat dan bergurau dengan adik dia. Secara automatik adik pon juga pandai sangat la bergurau. Gelak ape pon tak tau. Boleh di harap dah tolong tengok adik bila ummi di dapur. Sayang kamu, kamu peneman ummi yang terbaik utk shopping. walaupon suka pau ummi dan babah beli toys mahal2. hahaha. tapi takpe babah dan ummi rela sayang. Setakat ini alhamdullilah rezeki babah dan ummi murah. Alhamdullilah babah beringat sangat ke anak dia dua orang ni, ade insurans, tabung haji, asb, insurans utk ummi..heheheh..kami sayang babah. Babah niat nanti bila anak2 nak masuk belajar tak perlu bersusah buat pinjaman macam ummikan. heheh..



Lagi dua hari birthday babah. ummi ngah sakit pala nak cari hadiah apa..nak bagi yang mahal2 tak mampu pulak. Nak tanya babah nak hadiah apa, karang jawapan dia macam taun2 yang lepas. " takyahla ummi, baik duit tu simpan untuk anak2." hehhehe. sudahnya ummi beli kemeja dan tshirt. Itu ajerla modal ummi. hheeheh. Ummi ingat nak buat kek red velvetkan. pastu masak sedap-sedap utk babah pastu makan atas pinggan cantik ummikan.heheheh.. Nak beli Ipad2, :-b takde lagi kat malaysiakan.( nasib baik)..oooohh sungguh pening pala ummi ni. Ok nanti ummi google resepi yang sedap2. kite makan-makan ajerla yer...ermm ke ummi book hotel, kite bercanda kat kolam ajer la, meraikan damiea dan umar yang dah sembuh demam kan..heheh..tapiiiii babah nak balik temerloh pulak hujung minggu ni...hohohohoho.



Ni pojaan hati yang ensem la sangat. Hihihi


Bukti kasih cinta sayang. Hehe



Kesayangan Ummi 3 orang ni.


Tak sabar nak tunggu barang ummi tu...suka,suka...janji yang ummi deal ngan babah untuk mendapatkan benda itu...selama 2 tahun ummi takkan beli sebarang benda itu!..hahahah berani mati deal tu...


Sabtu, 4 Disember 2010

Anak-anak..

Dikala malam yg dingin sesambil siibu menidurkan anak perempuan comelnya. Sibu bertanya pd sianak comel.
Ibunya:ummi comel x?
Sianak comel: comella,comel macam adik umar.
Oouwh sianak kamu sgt comel bl kamu kate ummi comel mcm adk umar comel.hehe.
Tak lama lg si anak perempuan comel dah nak masuk 3 thn.sedihnya,anak perempuan comel da besar dan pandai mcm2 dah.sekejap ajer ms berlalu.sempena besday babah dah kasik adiah awal dr tarikh sebenar,babah kasi baby alive yg paling besar.damiea suke umi lg ske. Babah sengaja taknak bg pd tarikh hr lahir damiea supaya nanti2 damiea tidaklah mengharapkan hadiah tiap kali hr jd mia. Manela tau ditakdirkan bbh dan umi x mampu kemudian hari.kite x tau rezki dan ketentuan dr Allah. Sempena hr jd mia ni sambutan mungkin akn dibuat ditaska damiea dan tentu skali bersama umi bbh dan adik umar..buat ala kadar ajer. Sempena befday mia ni jugak boleh x ummi minta sbji lg beg ngn bbh.hahaha.emak yg lelebih.ok mari berangan kalo ditakdir bbh setujula, umi berjanji selama 2 taun umi x akn bli beg lg da.boleh x babah?okey x deal ni?hahahaha.boleh la babah ye..
I love u babah.tibeee...
Adik umar ensem dah nk msk 7 bln.wuhu sedih jugak. Dah tumbuh gigi atas 2 btg,mknenye dah ad 4 btg gigi comel. Makin besar, makin manis dan ensem. Sgt pndai bdk ni sorang, dah pandai angkt bontot dan duduk mcm nk mrangkak.tp x wat step je lg. Msh full breastfeed, dah mkn mcm2,walau slalu je nak muntah.hehe..love u darling.

Ahad, 17 Oktober 2010

penyakit sakit hati..

saya tengah hangat membara sekarang. Terus rasa nak pergi kursus menangani stress...huuuuuuuuuuuuuuuuh.. Tak tau nak luah kat saper jadi wahai si blog yang kacak bergaya silala kamu menanggung beban saya ini. Semoga kureang sedikit rase gundah di hati.


oooo saya BENCI kamu! kamu! kamu!.. kenape kamu menunjukkan sikap tak puas hati dengan saya. Tahu kah kamu yang saya ini sangat lemah bila kamu membangkitkan isu begini . Saye kecik hati. Terus saye rase mahu menyendiri, terus mahu menyisihkan diri. Benci sangat ke kamu pada saya. Tak puas hati sangat ke dengan saye. Saya ini terlalu membebani diri kamu ke. Saya ini tidak membantu langsung kamu ke. Balik-balik nama saya yang kamu bangkitkan. Saya keciwe..keciwe.. saya rase tersisih.

Ke kamu jeles dengan saya. Sebab pada pandangan mata kamu saya ni comel, bergaya sangat bila saya pakai baju cantik yang saya suaikan dengan tudung ar*an*, maka ianya mengundang rasa tak puas hati pada pandangan mata kamu. Kamu saya lihat saya bergaya comel maka kamu jadikan saya sebagai kambing hitam untuk kamu domba-dombakan sesame kamu yang jeles sama saya.( hahahhahahaha ini aku syok sendiri sajer, dah kamu suka sangat membangkitkan isu saya, maka mengeluarkan isu ini sebagai pengubat lara saya..). oo saya tau sebabnyer, mungkin kamu memandang saya nampak macam takde kerja sebab saya kurang terlibat dengan 7S, jadi kamu rasa saye tak membantu kamu langsung. B8d8hla kamu berfikiran sebegitu. Kamu mmg pedengki. Suka mencari salah saya. nama saja hajah pada pangkal nama, belajar sajer tinggi-tinggi wahai kamu, tapi kamu ade hati yang busuk...pada mase kamu sibuk-sibuk dengan 5S, saye tengah bercuti bersalin kemudian sayer bercuti rehat lagi 2 bulan. Saya sudah mohon cuti tu dan cuti itu lulus, maka apa lagi yang kamu mahu dengkikan dengan saya. Sebab kamu bekerja dengan tidak kERANA ALLAH. kamu tidak ikhlas maka kamu menanamkan persaan itu dalam diri kamu. Tak baik kamu mcm tu. Kamu sekadar mengguna kuasa kamu saja. kamu zalim.

Bila terjadinye perkara-perkara begini pada saya, saya jadi susah hati, saya mula merapu-rapu..saya patah hati.saya sangat terluka..ermmm saya mahu berbalik padanya..ermmm aminnn..



Syukur dikurniakan kamu-kamu dalam diri ini supaya diri ini menjadi lebih kuat dan kuat...




Rabu, 13 Oktober 2010

tudung ar*an*ku

Di pagi yang hening. Sedang si suami dan si isteri bersarapan bersama-sama. si suami bersuara..

si suami : Bila nak berubah ni?
si isteri : Berubah apa?
si suami : pakai tudung labuh sikit.
Si isteri ; Kecik sangat ye tudung ummi. Babah tak suka ye ( sambil-sambil menarik-narik tudung dengan harapan tudung tu labuh..kakakakka..samdol btol nina ni.)
Si suami : tudung tak menutup dada..
si isteri : Hari ni pakai tudung pendek sikit. Biasa tudung labuh..( nak jugak bagi alasan )
si suami : Karang ada elok-elok dapat masuk syurga, ehhh tak dapat masuk sebab awak tak dpt bimbing isteri awak bab2 tudung ni ( ayat lebih kurang la ni, aku create bagi faham dan sedap sikit)
si isteri : ok lepas ni tak pakai dah....heeeee..

ermmm terkesima sekejap..berazam untk pakai tudung labuh...

Khamis, 7 Oktober 2010

meroyan di hari minggu

Aktiiti hari minggu ni??? balik kampung paya pulai!!! lagi!!! ooo god..Minggu lepas sudah balik. Tapi takpe keinginan suami harus ikut kan. Keinginan kite suami juga HARUS turuti..kiki. Org berbudi kite berbahasa . Penat jugak. Cadang minggu ni mahu kemas rumah yang berserabut hanyar tu. Mahu kemas stor yang macam gua sudah. Ngeri nak masuk dalam tu. BAlik Paya Pulai sbb ada hal kekeluargaan yang harus diselesaikan. haaaaa..mengeluh. tape-tape seronok jugak balik kampung. Perjalanan tak berapa nak jauh sangat tapi menghayati keindahan alam sepanjang perjalanan adalah menyeronokkan. Nasib baik jugak minggu singgah juga umah ma abah saya sebab hari isnin pengasuh umar minta cuti. Jadi hari senin ma jaga umar. Perasaan??lega. Sebab ma yang TERBAIK jg umar. MAknanya juga malam ahad tidur umah ma dan abah. Yahoo!! isnin berulang dari kg. selasa back o normal. Ermmm hari minggu yang pack!!






Layan budak-budak ini adalah sangat syiokkkk..love u much wahai sayang dan sayang.





Kakak mia sayang, sayang mia sorang..(berlagu riang)






Adik umar sayang, sayang umar sorang ..( berlagu riang juga )




melihat kamu berdua sepert melihat diri ini..kekkek koyar la sorang nina wess


rinduk samak kamukkk


mahu gomol-gomol kamuk


buah hati, buah jantung 2 orang


emak budak dan budak comei..Dush!dush!ini org tua nak kene. perasang sorang..hahha



ps. ketika menaip cerita ini beberapa ketul tapai disumbat ke dalam mulut meraikan hari raya yang berbaki di opis...

benci!!!

Tiba saya rasa benci bekerja dengan orang yang bermuka-muka. Nyampah. Sungguh tidak sedap bekerja dengan orang yang sedemikian. Rasa macam nak behenti kerja 24jam....


Stresss..stresss.stresss.stresss..

ok..ok..ok.. tarik nafas..berbalik kepada pucuk pangkal..fikirkan why..why...

Jumaat, 1 Oktober 2010

SUPERRRRR!!! gumuks..

hehhe..akula tu yang gemuk.hheheh. Tengahari tadi aku pergi open house pejabat my hubbyla. Opismate laki aku adalah juga kawan-kawanku. Alkisahnye ngah borak2 ngan dorang dan-dan duk ngata aku dah berisi bahasa tepat gemuk. Chesssss hilang mood aku nak makan bertambah-tambah. huuuuh. nyampah tau saje tak nak kasik aku makan banyak takut tak dan ke org lain la tu. huuuuh..ehhh pipi berisi, bahagian lengan berisi. Nampak besar..woit mengucap-mengucap..kasik can la aku makan. Jangan sembur macam tu. komen-komen pedas laju ajer keluor dari korang yer kakak-kakak. Mati selera aku.

Takpe-takpe...sabar-sabar aku kan baru ajer deliver, masih ade lagi ader lemak-lemak yang bertape kat bahagian-bahagian badan aku ni, terutama lengan, dan pewot. Normallakan pas bersalin bukan senang nak turun drastik macam tu. Aku bukan jenis body macam tu...poooot bersalin ajer terus kurus. Bersyukurla kamu-kamu yang bersalin terus kurus..metabolisma kamu tinggi. Aku makan bulan jugak tu nak back to my shape. Silap-silap tak turun dah. Hahahha. Sekarang berat aku dalam 53kg la kot. Berat sebelum bersalin 48kg. Berat last pregnant 70kg...Sib baik turun banyak jugakkan...kalo tak nanya aku..kikiki.

Sabar-sabar wahai Nina. bagi can kat badan ko kumpul lemak dulu. Take time. Bagi masa kat umar untuk sedut lemak-lemak tu. Ni plastik surgery versi natural.kehkehkhe. kalau tak jadik juga versi umar ni..ko biarla ajer lemak -lemak itu disitu, kalau nak ke slim world bagai itu membazir tau..nanti lagi 3 taun ko nak beranak lagi..rugiiiiii dan buat penat ajer tau..

Lagipon ader org puji aku comel dan berseri kalau berisi sikit..nampak lebih muda..wakakakak..ayat nak nyejuk hati ni..nak tengok gambor aku????huhuhuhu.( ni ayat gelenyar nak tampal gambor dalam blog la ni sebenornye..kikiki)..aku ni malu sikit nak letok gambor dalam blog..malu pulak ai.. okla okla okla ai tunjuk..heheh (aku perasan sorang-sorang ni)




tara ummi boylat dan umar boyyylaat..

ermm sekian..sekian

Khamis, 2 September 2010

Cita-cita?? angan-angan??

Berteman secawan air soya (ni mungkin bertambah-tambah) dan sehiris kek coklat mari kita bercanda riang di arena blogging..heheh.. Anak dara Damiea Al Husna dan anak teruna Umar Ar Rayyan, Bapanya suami kesayangan sudah lena diulit mimpi. Seharian bergelut dengan kerenah anak-anak amat memenatkan tapi makcik pueh hati anak-anak depan mato. sekarang tiba masanya mencurah dan melampias segala nafsu-nafsi di alam maya ini.


Iklan sekejap..



Coklat ni sangat sedap. Ermmm sedapnya. Sangat kena dengan selera yang bisa menggugat berat badan yang masih lagi berat dan terus memberat. hehehe.




Berbalik pada agenda asal bukan nak cerita pasal coklat tapi nak cita pasal cita-cita. Cita-cita ke?? angan-angan?? saya sendiri pun tak tahu nak rumuskan macam mana. Mungkin angan-angan yang menjadi cita-cita. hahaha..Ada agenda merapu disitu. Ok being series!!!!Saya sebenarnya berminat nak berniaga dan mengharap berniaga itu akan merubah kepada kehidupan yang lebih baik dan mengharap melalu berniaga dapat membantu orang yang memerlukan. Mungkin anak-anak, mungkin suami, mungkin kaum keluarga terutama ma&abah dan mak dan mungkin juga sesiapa sahaja. Tak dapat banyak membantu mungkin sikit pun sudah cukup. sebelum bercerita panjang mari saya ceritakan angan-angan mek jenin saya ya. Haaa kalaula dimurahkan rezeki melalui perniagaan ni antara agenda yang saya sematkan dalam hati dan perlu saya buat adalah mesti saya bantu ma&abah sayala. Mungkin boleh hulur lebih sikit dari biasa saya hulurkan. Rumah mak kat Paya Pulai dah agak usang, lantai dah makan dek anai-anai..sedih tengok, mungkin rezeki lebih dapat baiki rumah mak bagi mak hidup selesa di usia emas ni. Mahu menyimpan untuk pendidikan anak-anak agar nanti mereka tidaklah meminjam dengan PTPTIPU atau mane2 sumber yang buat diri sakit kepala nak membayar lepas habis belajar. Contoh terbaik adalah ummi ni..heheh. terpaksa meminjam, nak harap ma&abah mmg tak dapatlah. Jadi saya akan pastikan anak-anak senang, tapi masa belajar jela. lepas habis belajar cari sendiri ok. ummi dah hantar sekolah tinggi-tinggi belajar pandai-pandai yer pastu rancangla hidup sendiri, cari duit sendiri yer. hehe. Babah juga harus dibantu, rezeki itu akan dikongsi bersamamu wahai kekasihku, mungkin ringankan sikit beban babah bayar rumah, kereta, atau mungkin beli rumah dan kereta baru atau beg GUCCI baru.. wahahaha.. itu dia nafsu duniawi sudah keluar tanduk..kakakka. Pastu nak pergi MAKKAH la. Teringinnyala, kalau la diberi peluang, tak dapat pi Paris, London, Bali ka, mana-mana ka dapat pi Mekah syukurnya la. Terasa segan nak menjejak kaki dibumimu itu ya ALLAH, mengenang hinanya diri disisimu, tapi sudila kiranya menjemput dan menerima kami suami isteri, mungkin anak-anak, ma&abah dan mak sekali kesana sebagai tetamumu. Sekali pun cukupla. Murahkanla rezeki kami ya ALLAH.




Okey berbalik kepada intipati cerita asal, marila saya cerita kisah sebenar-benarnya. Cehh ayat macam ada orang baca jer cerita panjang berjela-jela ni.. Tetapi seandainya ada yang baca cerita yang berjela-jela dan merapu ni. YA KAMU!KAMU!KAMU!KAMU yang terbaca, atau tersinggah sudila andainya kamu mengklik nuffnang saya agar dapat saya beli sebuah hanbeg jenama G***i dengan duit itu..kakkaka. Saya mengaku dengan ikhlas duit nuffnang itu memang saya mahu beli beg.kehkeh. Aku muka tak malu!!! okla sebenarnya saya sudah suka dengan produk-produknya dan tentu sekali saya suka dengan pulangannya nanti. Siap duk koya nak berhenti kerja jaga anak sesambil berbisnes.Boleh?? punyer kuat berangan. Padahal belum apa-apa lagi baru orang tu nak cerita angan dah tinggi memuncak dah sampai klimaks.heheh. Dan saya sangat percaya dengan bisnes ni memandang pada kejayaan bisnes ini yang dah lama bertapak di dunia perniagaan ni. Sangat bagus untuk masa depan anak-anak dan saya serta suami. Sang suami tersayang jugak sangatla menyokong dan mahu keluar modal dah. Tapi tadi saya jumpa seseorang untuk bertanya pasal bisnes ini. Mesti la siasat baik-baik dulukan sebelum apa-apa. Dan ternyata sangat bagus. yang tak bes bila 'dia' cakap perlu hadiri kursus selama 20 hari kat Kuala Lumpur!! what??? masa tu sayer duk mikir anak-anak. Terus angan-angan hancur lebur terbang sudah..Mana mungkin saya dapat berpisah dengan anak-anak walau seketika. Mau hari-hari bengkak mata aku ni nangis jer. Memang betul mahu berjaya perlu banyak pengorbanan dan jangan banyak alasan. haaaaaaah saya dalam dilema. Umar yang saya risaukan. Masih terlalu kecil untuk ditinggal-tinggalkan terlalu lama. Sangat kasihan. Mau saja diangkut kesana, tapi mau tinggal sama siapa?? hanya ada abang ipar disana. ermmm. Kalau difikir 20 hari bukanlah terlalu lama. pejam celik habislahkan. Kalau saya terima job ni, perlu ambil cuti tanpa gaji lagi, almaklum cuti tahunan dah tak cukup 20 hari, banyak saya guna masa nak bersalin hari tu. ermmm lagi, berapa kali mau errrmmm la. Errrrmm lagila.



Setelah fikir panjang mungkin ini bukan rezeki untuk saya dan anak-anak. Rasanya saya memilih anak-anak. Biarlah bukan rezeki sekarang, mungkin kemudian hari bila anak-anak dah besar.mungkin rezeki lain akan bergolek tiba yang tidak memerlukan saya berpisah dengan anak-anak untuk sekian lama. Tak sanggup rasanya. Itu mungkin alasan saya. Biarlah saya hidup dengan alasan itu andai itu memberi kebahagian untuk saya, suami serta anak-anak saya. sepanjang hidup saya saya belum pernah mencapai kejayaan yang gilang-gemilang,mahu menggengam ijazah pun tak berjaya lagi ni, tapi takpela mungkin anak-anak serta suami kecintaan yang dikurniakan untuk saya adalah kejayaan gilang gemilang pernah saya capai dunia akhirat. dan insayaallah saya takkan sia-siakan.

Saya harus lupakan cita-cita dan angan-angan ini sebab kenyataannya adalah suami, anak-anak kesayangan hamba. Amin. Berccita-citalah untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa itula cita-cita dan angan-angan sebenar. Ingatan buat diri sendiri.



Cita-cita dan angan-angan yang menjadi kenyataan dan kejayaan nombor 1. Damiea Al Husna binti Mohammad kesayangan ummi. Sayang kamu selamanya.


Machoman.heheCita-cita dan angan-angan yang menjadi kenyataan dan kejayaan nombor 2. Umar Ar Rayyan bin Mohammad kesayangan ummi. Sayang kamu selamanya.


Kejayaan terbesar ummi dan babah setakat ini.

Salam ramadhan dari diri ini.

Isnin, 30 Ogos 2010

Bertambah lagi

Today my birthday!!without cake..hehehhe..pose takde mood ngan kek


Terasa mahu mereward diri atas alasan DILAHIRKAN DAN MELAHIRKAN..

ape yer..banyak lak duk berpusing2 kat pale ni..hemmm



Happy 28th birthday to me!!




Ada projek besar mau jalan..hopefully pas raya ini settle. Permudahkan segala urusan untukku ya Allah..


adik umar yang comell..ngehhhh da besar da umar ni

Selasa, 3 Ogos 2010

Percubaan menghantar Damiea ke taska.

Tekad!tekad!walau macammana susah dan payah ummi HARUS hantar Damiea ke taska. ummi harus kuat,redha dan pasrah. Tinggal sebulan lagi ummi dah nak start kerja balik. Ummi harus ajar-ajar Damiea pergi sekolah. Mungkin seminggu 3 kali,sehari 4 jam. Supaya Damiea boleh menyesuaikan diri berada dalam taska. Tak lah nanti Damiea terkujat dengan suasana taska. Taska memang dekat sangat dengan rumah. Ummi dah servay taska tu dan memang bagus pada pandangan pertama ummi. Cikgu-cikgu memang menyenangkan jiwa dan raga. Sejuk ajer mata memandang. Yang sebenarnya ummi yang tak rela sayang. Kalau boleh ummi nak anak ummi ada depan mata ummi senantiasa. Tapi apakan daya itu semua angan-angan sahaja. Ummi harus bekerja. sebulan lagi nak masuk kerja. Ummi sudah memikirkan perkara ni. susah hati woo. Memikirkan Umar ke taska atau ke pengasuh juga amat menyesakkan jiwa ini. Umar agak manja dan sensitif orangnya. Kalau nak tidor kena berdodoi bagai dan dipujuk rayu baru nak tido. Silap teknik mau meraung bagai didera. Sebab perkara diatas ummi sambung cuti tanpa gaji selama dua bulan supaya ummi dapat merasa pengalaman jaga anak sepenuh masa. Memang meletihkan dan ada masa tensen ngan perangai anak-anak, tapi ummi puas hati sebab anak-anak kecil ummi ada depan mata ummi. Biarla ramai yg bertanya kenapa ambik cuti tanpa gaji,rugila tak dapat gaji, rugi servis nanti. Ummi tak kisah pun wahai anak-anak, sebab ummi dapat jaga anak- kecil ummi dengan kudrat dan tenaga ummi sendiri. Apalah sangat gaji dan servis yg sikit itu nak dibanding kasih sayang ummi pada anak-anak ummi yg kecil hanya sekali sahaja. Sekurang-kurangnya itu pengorbanan kecil ummi pada anak-anak ummi. Ermmm..wahai nina kamu kena redho, kamu harus percayakan orang yang diberi amanah untuk jaga anak2 kamu dan kamu harus tawakal pada Allah tentang keselamatan dan kesejahteraan anak- anak kamu, baru jiwa kamu tenang.
Mungkim besok saya akan hantar Damiea sekejap sampai kul 12 tghr. lePas itu saya pergi merayap ke pejabat pos utk renew lesen yg dah lama mati.hehe. Pas2 mgkin kemana2 bersama anak lelaki kesayangan sementara tggu pkl 12pm. Pagi sok harus bgn awal dan wat nasi goreng utk santapan anak dara dan suami kesayangan. Esok harus kuatkan hati. Moga percubaan berjaya. Amin



happy me with my kids..


Love both of you..muahhhhh

Khamis, 22 Julai 2010

Mana Satu Idaman Qolbu

Errmm.. Adik umar dah 2 bulan lebih..berat dah 6.4kg. Sudah besar anak ummi ni. Ummi masih duk fikir2 mana nak hantar Umar bile ummi masuk kerja nanti. Pening jugak. Kalau ikut babah, babah kata ikut ummi ajer..aiseeeh. ada 2 pilian lain samada Taska atau umah nanny yang jaga Damiea hari tu. Kakak Damiea mmg ummi akan hantar ke taska kat area rumah ni dah. Pada pandangan ummi, taska tu sangat bagus sebab ummi dah kenal pemiliknya dan teacher2nye sangat ok. Bebudak lain pon tak ramai sangat lagi sebab taska tu baru buke betul2 dekat rumah kite, bebudak pon ok, ramai yg sebaya ngan damiea dan ramai gegirl so ummi mmg akan hantar damiea disitu. Taska utk baby pulak hanya bersebelahan taska kakak Damiea. Tak ramai baby lagi sebab barukan. besar pulak tu. Pemilik taska tu cakap 1 pengasuh 2 baby..kire okla kan. Tapi ummi tetap risau sebab yg jg tu sangat muda, jadi ummi bimbang pasal kepandaiannya menjaga baby...uiiii seramla difikirkan.. takut tak pandai handle..tapi itu terpaksa diterima dan harus tawakal. Pilihan ke dua hantar rumah nanny lama damiea..yg itu mmg bagus sbb die mmg jaga baby baik-baik. tengah fikir lagi ni....

Sejak bersalinkan umar aku belum period lagi, igtkan aku nak pakai IUD sebagai langkah berjaga-jaga supaya Damiea dan umar tak dapat adik lagi dalam mase terdekat ni..hehehe. Pada awalnyer aku nak pakai IUS, tp aku tanye kat doc aku, masalahnye die tak tau pon pasal kewujudan bende alah tu.mungkin sebab masih baru kot. Masih baru ke?? So ader IUD jer, maka IUDla. Sementara tak period lagi ni, aku igt nak makan noriday dulula sementara menunggu teman setia itu dtg. Bukan aper, aku mcm tak percaya kat body aku ni..suburr terlebih ni..hehehe....sian baby umar kecik lagi.biarla dulu..



Kak mia sayang



KAkak damiea dan adik umar..
P/s : SESAPE YANG MELUAT NGAN AKU, BOLEH PERGI M*MP*S!..SUKE HATI AKU NAK TAIP APER KAT BELOG HAKU.TAK SURUH NKO BACE..KO YG B*D* NAK BACE..

Rabu, 30 Jun 2010

Keju

Di suatu malam yg dingin...

Babah:"dengar ade org tu ader projek besar ngan keju. Saya risau ajer tkt keju bertukar menjadi susu bukan susu jadi keju"

Me : " Laaa tunggu la dulu, keju tu baru ajer belikan..tunggu mood mari dulu baru pizza jadi..lagi pon takpe keju lelame dlm peti, tahan lama" :b...

Babah : " nak tau macammn keju tu jd susu??

me : " Ummi makan keju tu, pastu jadila susu ummi..bagi umar minum..hahahah

Babah : " Keju masuk dalam tong sampahla..lasst cair jadi susu..

Me : ;b..
Toing!toing!toing!..



Projek piza ku, bile mau jadi ni..resepi dah ader..bahan tak cukup la..sejak ader anak kecik ni agak sukar nak bergerak..kalo tak laju jer aku ke tunas manjer ke, farmasi cr ubat gatal Damiea. Ouuu suamiku, ku mengharap belas ehsanmu..terpaksa mengharapkan org bawak pergi sekarang ni.

Isnin, 28 Jun 2010

anak-anak saya

Cepat sungguh masa berlalu..sudah habis pantang dan sudah sehat, walaupon badan ader sakit-sakit lagi sbb tak berurut lagi ni..igt nak jgk berurut ni, bg sedap sikit badan. Berat badan..ouuuhhh my god. still berat melampau lagi last berat pregnant 70kg dan sekarang 55-56kg gitu..hukk alohh..berat tu..S pon tak sebelum bersalin hari tu ada beli cd yoga..sampai la ni tak bukak-bukak lg..kekeke..

perkembangan Damiea- huih dak ni sorang sokmo kene maroh ngn ummi die..sian pulok..kalo tak maroh makin menjadi. paling mencabar mase nak bersalin dan minggu-minggu pertama pas bersalin, mmg manje dan buat perangai betul mase tu. Sampai menangis jugak la aku ni..huhuhu. Mana taknyer nak susu nak kite buatkan, nak mandi, pakai baju,basuh berak, minum makan seme nak kite watkan. yang umminyer ni dahla sakit nak bergerak. Dah lame barula die pandai berdikari dah. syukur ade babah die,ma dan adik-adik yang membantu. Dia mmg sayang sgt kat umar. Jeles kat umar pon mmg jarang la. Sayang sangat kat adik adik die. Pantang lepa sikit kite ni die dah nak ngankat adik letak kat ribe die.hak tu paling riso..hhuihh mmg takut sangat. Mmg tak leh lepe sikit ni. Masih lagi pakai pempes dak ni..huihh mencabar tul nak lepaskan pempes dari die..Mulutnyer mmg boleh tahan ligatnyer. suke dengar die ecakap. Yg bes semue gaye kite bercakap die tiru..hehe..ummi sayang kamu sayang.

Perkembangan umar- Umar budak baik dan sangat kool dan relaks, sejak lahir sampai sekarang mmg mudah sangat jaga die, baik sangat, die bagi mak die relaks-relaks yang byk dan tido yang cukup siang dan malam..hahaha..enjoy sangat jaga umar setakat ni..syukur dan alhamdullilah. Nyusu sangat okey..syukur jugak susu banyak dan alhamdullillah susu ummi juga dikongsi bersama damiea..heheh. Semoga membesar dengan jayanya wahai anak-anakku sayang. Berat setakat ni ummi tak timbang lagi. last timbang adalah mase umur sebulan dan beratnye adalah 5.3kg. kaki, kepala badan sudah tegap. sudah pandai senyum kalo diagah. ummi sayang sangat kamu sayang..
makin bulat budak ini.



ummi dan damiea..



damiea dan umar...ummi dan babah love u sayang