Selasa, 3 Ogos 2010

Percubaan menghantar Damiea ke taska.

Tekad!tekad!walau macammana susah dan payah ummi HARUS hantar Damiea ke taska. ummi harus kuat,redha dan pasrah. Tinggal sebulan lagi ummi dah nak start kerja balik. Ummi harus ajar-ajar Damiea pergi sekolah. Mungkin seminggu 3 kali,sehari 4 jam. Supaya Damiea boleh menyesuaikan diri berada dalam taska. Tak lah nanti Damiea terkujat dengan suasana taska. Taska memang dekat sangat dengan rumah. Ummi dah servay taska tu dan memang bagus pada pandangan pertama ummi. Cikgu-cikgu memang menyenangkan jiwa dan raga. Sejuk ajer mata memandang. Yang sebenarnya ummi yang tak rela sayang. Kalau boleh ummi nak anak ummi ada depan mata ummi senantiasa. Tapi apakan daya itu semua angan-angan sahaja. Ummi harus bekerja. sebulan lagi nak masuk kerja. Ummi sudah memikirkan perkara ni. susah hati woo. Memikirkan Umar ke taska atau ke pengasuh juga amat menyesakkan jiwa ini. Umar agak manja dan sensitif orangnya. Kalau nak tidor kena berdodoi bagai dan dipujuk rayu baru nak tido. Silap teknik mau meraung bagai didera. Sebab perkara diatas ummi sambung cuti tanpa gaji selama dua bulan supaya ummi dapat merasa pengalaman jaga anak sepenuh masa. Memang meletihkan dan ada masa tensen ngan perangai anak-anak, tapi ummi puas hati sebab anak-anak kecil ummi ada depan mata ummi. Biarla ramai yg bertanya kenapa ambik cuti tanpa gaji,rugila tak dapat gaji, rugi servis nanti. Ummi tak kisah pun wahai anak-anak, sebab ummi dapat jaga anak- kecil ummi dengan kudrat dan tenaga ummi sendiri. Apalah sangat gaji dan servis yg sikit itu nak dibanding kasih sayang ummi pada anak-anak ummi yg kecil hanya sekali sahaja. Sekurang-kurangnya itu pengorbanan kecil ummi pada anak-anak ummi. Ermmm..wahai nina kamu kena redho, kamu harus percayakan orang yang diberi amanah untuk jaga anak2 kamu dan kamu harus tawakal pada Allah tentang keselamatan dan kesejahteraan anak- anak kamu, baru jiwa kamu tenang.
Mungkim besok saya akan hantar Damiea sekejap sampai kul 12 tghr. lePas itu saya pergi merayap ke pejabat pos utk renew lesen yg dah lama mati.hehe. Pas2 mgkin kemana2 bersama anak lelaki kesayangan sementara tggu pkl 12pm. Pagi sok harus bgn awal dan wat nasi goreng utk santapan anak dara dan suami kesayangan. Esok harus kuatkan hati. Moga percubaan berjaya. Amin



happy me with my kids..


Love both of you..muahhhhh

1 ulasan:

ietams berkata...

good luck umi damiea & umar,
good luck juga damiea