Jumaat, 26 Februari 2010

Agenda terkini

Sebelum bersalin saya ada beberapa agenda yang harus diselesaikan. Saya mahu kemas rumah sebersih-bersihnya. Rumah harus dimop,debu-debu harus divakum. Sawang-sawang disiling harus dibuang. Dapur harus digilap bersih-bersih. Segala bahan-bahan masakan harus ditupperwarekan dan dilabel serta disusun kemas. Harap saya mempunyai tenaga exstra untuk itu. Semalam semua barang baby dah dikemas. Baju-baju. dah siap dibasuh. Dan sebahagian barang baby akan dipunggah ke rumah 'ma' saya hari ni. Dan petang ni juga saya mau ber'babymoon', dah lama mau pergi tapi 'baby tu' tak mau layan. Takpela tak dapat pergi jauh di sungai lembing pun sudah memadai. Hehe..

Tiada ulasan: