Rabu, 28 September 2011

Asal datang aku serabut

Mari membuka sikit pekung di dada... jadikan tauladan, jangan amalkan...

Asal orang mari bertandang dan bermalam berhari-hari kat umah aku..aku sesak dan serabut perut...haiii..dasar hati busuk...

aku pening nak prepare makan ape utk dorang, dah la aku tak pandai sangat masak. Kalau kene komen lagila aku menggila sakit hati..hahah..buruk perangaikan..
Dan sungguhla aku tak reti nak melayan tetamu, kadang-kadang aku bukan malas tapi tak reti nak berbual. kahkahah. Aku gelakkan diri aku sendiri. hiiii memang aku serabut.Kadang-kadang aku busuk hati memikir perkara yang mmg mengarut..alahaiiii serabut..macam mana nak mengatasi dan melalui dan cuba menerima dengan ikhlas hati keadaan ini...bencila.

Seriusly aku memang kurang gemar bergaul dan bersosial. hehe..kalau bersosial pon mesti dengan suami, anak-anak dan adik beradik aku jerla..dan aku cukup tak suka menggauli dengan orang sekeliling aku yang tak rapat sangat dengan aku. Aku lebih suka menyendiri dan melayan diri aku dengan dunia aku sendiri. Sebab itu aku berblogging rase seronok berkawan dan menggauli orang yang tak kenal kite dan kite tak kenal sangat orang. Aku suka bace cerite orang, tapi aku jarang sangat tinggal jejak atau komen.AKu tulis blog haku pon aku koya sendiri.. aku suka baca balik ape aku tulis, kenkadang rase bodoh dan syok sendiri kan. Tapi aku ok ajer, janji aku puas dan terasa beban di hati dan keinginan melalut dalam hati ni hilang dan lepas dari diri aku. That why jugak aku tukar tajuk blog aku sebab aku tak suka sangat orang yang kenal aku bace luahan hati aku..kakakkah..bodohkan.. macam dunia internet ni besar sangat, lama-lama orang akan jumpa jugak walaupon tak beria pon carikan.

Dan rasenye penyeselesaian yang aku fikir sendiri dari otak aku yang tersumbat dan agak lembap akhir-akhir ini bagi rentetan masalah orang datang rumah aku tu aku harus buat tak tau ajee..nak jdi ape jadila la wei..layankan sajer, walau hati kurang rela...hahahahha...haaaaa tak tau nak masak aper...tolongla..aku nyampah betul ngan perasaan ini..gileee.

Aku tau ramai tak puas hati ngan perangai ini, hatta laki aku sendiri mesti tak suka tapi mungkin die telan ajerkan..heheheh..sorry babah.bukan aku cuba ,tak ubah! aku cuba dan hasilnya aku makin pandai suaikan diri dengan lakonan "SELESA" aku..hahahha. Oleh kerana "SEBAB" aku mmg kurang selesa dengan dengan keadaan orang datang rumah aku, maka aku cuba supaya tidak singgah rumah orang berlama-lamaan..aku labelkan perasaan orang lain itu sama macam aku, walaupon aku tau tak semua orang sama macam aku. Buruk Perangai!! Paling lama dua harila...itu pon aku dah macm cacing kepanasan. hahhah..mulala muka aku secara semula jadi akan menjadi benyek dan masam macam 'buah Ajaib'. TAu rase buah ajaib macam mana???? masam tapi makan bende lain yang masam jadi manis' melentin-lentin!! hahaha..Telan! telan!..hhahaha

dah aku nak balik jenguk anak aku kat taska..mia dan umar ummi coming!! tapi kali ni ummi balik umah dengan perasaan tidak selesa...errrr




Nah muka orang Tak tau bersyukur! Tak sedar diuntung!! Damn!muka Mintak Kene sebat.. Tau Takut hukum Allah tapi masih kurang menginsafi diri.

Tiada ulasan: