Khamis, 7 Julai 2011

Hantu Rajin maila.




Bila Nak lipat kain 2 bakul tu, tak termasuk lagi 2 bakul Baju tak berhanger ( bila Nak sangkut???). Bila Nak lipat yang dalam mesin tu lagi.haaaa! Banyaknye. Tengahari tadi balik Sempatla jugak Sapu habuk dan mop rumah. Kalau tak buat lunch time tu tak tau bile lagi. Hari minggu mmg Tak dapatla. Sbb selalula tak lekat kat umah tau.



Cantik dan wangi ajer. Ade projek Nak clearkan stor kat dapur tu bagi bersih dan wangi. Sekarang stor Gaya gua. Gila Takut nak masuk dalam tu. Takut ade tikus. Eeee geli Mak.

Kabinet Yg Rosak Mkn dek anai2 tu tak clear lagi. Babah mau tanggal biar togel. Heheh. Ngeri Nak bukak sebab dah Mkn anai2. Drpd biar sampai reput baik tanggal saja. Boleh buat barukan babah. Hehheeh.

Wardrobe kat bilik tengah tu dah lama siap Tapi masih lagi tak Sempat Nak kemas betul. Masih lagi bertarabur bilik tu. Bilala hantu Rajin Nak Mari ni. Masih lagi tak selesai masalah longokan Baju selagi hantu malas ade dalam diri. Buatlah wardrobe jenis Mcmn pon Kalau dah dasar malas tu Sampai kesudahla gitu. Huhuhu. Yang rajin adalah Dak Umar, Rajin memunggah Baju yang dah Aku lipat pastu buat muka puas Hati Berjaya Mengucai kain Baju Itu. Bohooo! tension Saye. Yang Dak Mia Rajin Memilih Baju mane Nak Pakai, pastu tak Jadi pulak Nak Baju lain pulak dan akhirnya Baju yang tak Jadi Pakai tadi masuk bakul Baju tak lipat lagi. Tension lagi. Hahahah. Bagus tak tension pon Boleh gelak. Ko hado??

Bulan puasa dah dekat. Nekad dlm Hati taun ni takmo membazir kat pasar ramadhan. Oleh Itu Mari kite buat list ape Nak masak selama sebulan. Heheh. Harap2 rajinla Saye yer. Mari google makan2. Ohoho lapor pulak. Lambatnya balik. Nak makan roti jala buat semalam makan Ngan pengat durian. HAri Semalam Rajin sikit Jadi buat roti jala Ngan pengat durian. Tapi tak Sempat Nak makan Malam tadi. Jdnye balik jap lagi makan. Yumyum

Bilala Nak kemas bilik belakang yang dah gaya stor dah. Tak cukup satu stor. Rasa Nak keluarkan almari lama tu, kasik lega sikit bilik tu.

Nampak sangat Aku melepak sajork Layan blog hari ni sebab Rajin sangatla Aku sampai buat 2 entry. Heeheh.


- Posted using BlogPress from iPhone nina

Tiada ulasan: