Hari ini saya raser sangat lesu. Tekak terasa mual. Terasa sekali mahu menghilangkan mual ini dengan makan jeruk.. waaaa ketika ini terasa kecur air lio ku ni.
Alhamdullilah sehingga hari ini puasa saya masih lagi tersusun cantik tanpa lobang disana ini. Walaupon dugaan puasa taun ini agak "berat", saya pregnant dan masih menyusukan Damiea. Kekadang terfikir mahu berbuka sebab terasa lapar yang amat, tekak mual, pening, sungguh tidak terdaya namun saya harus kuat dan terus kuat untuk menunaikan kewajipan nan satu ini. Terasa sayang sekali mahu meninggalkan puasa walau sehari kerna bukan selalu saya dapat peluang puasa penuh pada setiap kali ramadhan selepas baligh ni. Dan alhamdullilah jika termampu insyaallah taun ini adalah merupakan taun kedua saya berpuasa penuh. Pertama kali waktu pregnantkan Damiea. waaaa sungguh seronok mahu beraya rasernyer bila puasa penuh, dan yang penting tak perlulah saya mengganti puasa pas ramadhan ni. Taun ini azam nak puasa enam. Harap-harap termampula..
Pregnant kali ni, saya tak la terlalu mabuk, sama mcm pregnat kat Damiea, mual, pening2 sikit mcm tu aderla. Saya juga raser kali saya alah ngn minyak wangi dan aper2 yang berbau wangi, sungguh meloyakan. Selera makan, lain sikit, mase pegnantkan Damiea saya kurang selera, kali ni selera sangat sedap untuk semua makanan yang sedap.mungkin penangan puasa.hahhaha
Petang ini saya harus terjah beberapa restoran makanan segera untuk mencari idaman hati. selera hari ini ialah berbuka dengan makanan barat gitu.. waaa kecur tol air lio ni.. beberapa hari sebelum ni saya teringin nak makanan laut..dan syukur seme dapat makan..ketam goreng kari, tomyam seafood depan umah hubby kat temerloh..waaaaa memang sedap, tak pernah makan tomyam sesedap ini kat mana-mana tempat lain,kerang, sipot sedut,yummy sedap.. sambal kulat sisir..waaaa sedap-sedap..
Makanya, kesimpulannya hari ini saya mahu makan ini
Saya akan beli ini di McD..saya juga mungkin akan membeli extra cheese kat market mana2 utk menyedapkan lagi burger itu..hahahah..mungkin beli gak untuk en. mohammad, mungkin die juga mengidam..hahahahah
saya juga harus mencari ini untuk pemanis mulut..tiramisu kek...huwaaaa sedapnyer
Petang ini saya masak
1) mee hoon goreng suka hati
2) Gulai lemak cili api ikan selayang
3) Goreng ikan
3 ulasan:
wow nina kamu sgt tabah preggie & bf damiea... plus kamu masih lagi boleh memasak... kagum mak!! cayalah... u rock girl!!!
serius weh ko mmg hebat...
chaiyok...
tahniah nina.
saya jeles sama kamu
Catat Ulasan