The best part in my life when i have my own family. With my love husband,my Beautiful Damiea and my miracle umar. i love my family so muahhh.
Ahad, 10 Mei 2009
Hari ini
Badan masih lagi belum sihat sepenuhnya..Kepala masih berat dan berpinar-pinar. Dalam tempoh badan tidak sihat, kesayanganku Damiea juga turut demam. Ini kali pertama sepanjang usianya Damiea demam teruk. Suhu badan mencecah 40.4C..haaa agak mendebarkan dan membimbangkan babah dan ummi. Babah dan ummi bawa Damiea jumpa doktor pakar kanak-kanak. babah dan ummi dimaklumkan Damiea ada tonsil kat tekak dia dan dah bernanah. Haaa.. sedih hati dengar. Harapan ummi agar Damiea sihat sentiasa, tapi kali ni antibodi Damiea tak kuat untuk melawan sakit itu. Kesian anak manja ummi. Dan untuk demam kali ini, Damiea muntah-muntah untuk pertama kalinya dalam usia 1 tahun 5 bulan..dan part paling dramatik Damiea termuntah atas ummi dan babah..mandi muntah kami..hehehe..tapi takpe..ummi dan babah tak kisah..itu perkara biasa. Damiea sekadar muntah susu dari tubuh badan ummi sahaja. Babah dan ummi kasi makan ubat, tapi maha payah Damiea nak telan sampai kami terpaksa paksa Damiea guna cara keras..hehehhe..kesian anak ummi. Meraung raung macam kami pukul dia pulak. Susah hati.. takut juga Damiea tersedak ubat. Bahaya tu..Tapi babah dan ummi buat tu untuk pastikan Damiea cepat sembuh dan main dan ceria macam biasa. Kemingkinan Damiea demam kuat juga mungkin sebab Damiea nak tumbuh gigi geraham bawah. ummi tengok dah nampak macam dah tumbuh gigi sikit. Nampak putih-putih dah. Diusia 1 tahun 5 bulan Damiea dah ada 12 belas batang gigi..sangat comel gigi itu.
Dan hari mungkin Damiea belum sembuh sepenuhnya, sejak demam ni Damiea dah pandai mengamuk, menangis dan menjerit sekuat hati..Aduhhh kesian pulak ummi tengok.tak sihat sepenuhnya lagi kot. Sedih pulak hati nak tinggalkan Damiea untuk pergi kerja..wuwuwuw. Pagi tadi masa ummi balik menyusu Damiea, lepas nyusu Damiea ambil kunci kereta dan bagi ummi, kemudian menangis tunjuk kereta..rupanya nak suruh ummi bawak Damiea berjalan..adehhh..ummi bawa Damiea pergi minum pagi. Kat kedai makan Damiea menangis-nangis..merengek-rengek jugak..tak hadam ummi makan. Bawa balik sampai umah ajer tak mahu turun dari kete pulak. adehhh lagi.puas pujuk kemudian letak dalam buai..menangis dan mengamuk lagi..ummi berlalu meninggalkan dan membiarkan Damiea menangis sekuat hati bersama uwan walaupun hakikatnya hati ummi tidak merelakan pemergian ini. Kalau la dapat mahu sahaja ummi bercuti tanpa gaji selama 4 tahun demi untuk menjaga Damiea.Alangkah indahnya mimpi itu. Tapi tak dapat sayang sebab hutang ummi berlambak nak dijelaskan. Kalau tidak bekerja tak berbayarla hutang itu.
Ummi juga tengah runsing, uwan Damiea dah berbunyi nak balik kampung dah, maknanya ummi perlu cari pengasuh atau taska. Tak sanggup rasanya menghadapi keadaan itu. Ummi tak dapat membayangkan situasi itu. Ummi dan babah belum bersedia nak hantar nursery atau rumah pengasuh lagi selagi belum berusia 2 tahun.Biarla Damiea menyusu susu badan ummi selama 2 tahun cukup. Biarla Damiea mendapat khasiat susu badan ummi sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun. Selepas itu ummi masih berkira-kira mahu mneyusu Damiea lagi 1/2 tahun. Tapi mungkin belah petang dan malam sahaja.Insyaallah. Biarla Damiea, ummi, babah berada pada zon selesa lagi. Damiea selamat berada bawah jagaan uwan Damiea lagi. Alangkah selesanya keadaan sekarang ini, tidak perlu bimbangkan keselamatan Damiea, tidak perlu gusarkan keadaan Damiea sepanjang ummi dan babah bekerja kerana yang pasti uwan Damiea menjaga Damiea sebaik mungkin. Kalau hantar Damiea pada usia sekarang ke nursery atau pengasuh sudah pasti emosi Damiea terganggu. Macammane Damiea sesuaikan diri????argggghhh tenssenla..kalau dari kecik mungkin tiada masalah..emosi ummi dan babah juga pasti terganggu.
Kalau diikutkan penagsuh ummi dah jumpa, nursery juga sudah dicari dan disurvey...yang tinggal cuma ummi dan babah masih belum merelakannya.wuwuuwuwuw...
haaaaa semakin berat kepala ini, hidung makin tidak selesa, tekak makin sakit. mata makin pedih....tapi ummi kena kuatkan diri untuk terus gagah bekerja untuk rezeki, untuk babah sayang, untuk Damiea sayang.....kuatkan diri untuk terus berdiri untuk menjaga keluarga tersayang.:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
errr apakah pasal mcm ada 2-3 blog aku baca yg sgt mandom pasai nk tinggai anak n terpaksa p opis ek? (tmasuk blog aku la 2 kah3...)
ko cadang la kat menteri baru, bg cuti bergaji pada ibu2 yg bf he3... aku sokong dari blkng jer...
Catat Ulasan