Jumaat, 3 April 2009

Kehilangan



Keadaan pejabatku agak bercelaru sekarang ini kerana hari ini muktamadla segala berita mengenai pertukaran staf ke mana-mana jabatan dalam Kuantan. Sebelum ini kami semua disogokkan dengan berita pertukaran staf bahagian jalan ke bangunan dan sebaliknya tapi masih dalam JKR Daerah Kuantan sahaja. Dan calon-calonnya sudah ada tetapi pertukaran ditunda sehingga pertengahan bulan 4 disebabkan rayuan dari staf yang bertukar. Masing-masing tidak mahu bertukar kerana seharusnya pertukaran itu menuntut banyak pengorbanan. Dari segi pengalaman kerja, pergaulan serta keselesaan.Bila bertukar department seharusnya banyak pengalaman baru yang harus digali dan ditimba.Dan mereka yang bertukar ini sudah agak berumur dan sudah malas untuk menuntut ilmu baru.Sudah penat agaknya.Belum reda berita pertukaran tersebut hari ini kami menerima berita baru pertukaran orang yang sama ke luar jabatan pula berkuatkuasa pada 6 Februari 2009.Juga melibatkan beberapa orang penting dalam jabatan.Agaknya semua berita-berita gempak ini adalah sempena Aprilpool.Barang kali agaknya.haaah itu pasti juga memberi impak pada diriku.Terasa sayu hati melihat sahabat-sahabat yang baru dikenali dan baru ingin bermesra sudah mahu pergi.Tapi itu semua adat dalam kehidupan..haaahh..yang penting aku masih disini harus meneruskan perjuangan demi sesuap rezeki.Kehilangan itu akan berlalu pergi seperti debu-debu berterbangan.Sedikit demi sedikit akhirnya lenyap dibawa angin lalu..

3 ulasan:

Diver Mom berkata...

erm.. sabar ya.. insya Allah, kalau ada kesempatan / jodoh, akan ketemu lagi dengan kawan2 yg berpindah tu.. sabar ya!
**jangan lupa mintak email mereka, bole berbalas-balas email..
**mama damiea pun kena tukar ka...?

lia berkata...

aku mencik cter psl tukar2 ni... huwaaa aku fobia...

Tanpa Nama berkata...

perghhh...ayattt