Jumaat, 24 April 2009

Reunion

Semalam anakanda Damiea tersayang demam sikit. Ummi ambik cuti untuk jaga Damiea.
kekeke.Walaupun demam Damiea tetap aktif semacam. Nasb baik Damiea tak merengek-rengek dan melepek. Sayang dia.

Aku sekarang tengah dalam dilema. 6.6.2009 ni ada 'reunion' untuk bekas pelajar SMT seri Pelindung. Aku dijemput. Tapi macam tak mahu pergi. macam-macam berlegar diruang minda ini. Kalau pergi aku nak geng ngan siapa. Masa sekolah dulu aku tak ada kawan sangat sebab aku bukannya suka berkawan sangat. Kira macam kera sumbang juga la aku ni. Aku lebih suka menyendiri dan melayan kepala sendiri. Segan juga nak pergi kesana. Dengar cerita selalu juga diaorang buat 'reunion' ni. Tapi tak pernah join dan tak ada keinginan langsung nak pergi. Tapi tahun ni aku dijemput khas siap ditelefon dan disms. Antara kawan-kawan yang 'seangskema' dengan aku pergi.haiii lemah semangat ni.

Kalaula jadi pergi ke majlis itu ada beberapa perkara yang aku perlu buat untuk memastikan aku anggun dan seksi dimajlis itu.Harrrrrrrharrrr gelakkan diri aku sendiri. Aku kalaula boleh nak..

a) Aku nak kurus sikit..kakakak.dulu masa form 4 & 5 aku memeng tembam.so biarla jumpa ni aku slim sikit.kkekeke..sebab itu aku kena bersenam.wakakakka..
b) Mahu kulit cantik sikit. Harus cari apa-apa yang boleh buat kulit bersinar sikit. Dulu comot momot.
c) Nak bergaya sikit..yeyyy babah nak hadiahkan jam idaman hati..hiphip huraayyyyyy
d) Harus cari baju yang sesuai sikit untuk majlis tu....levis???hahahhahahha

Haaaa ni nak pergi jumpa kawan-kawan ker nak menayang diri. Haiii..orang lain macam aku ke??kehkehkeh.

Hahhh da nak balik..nak masak apa malam ni????sudah lama tidak masak. Ayam masak kicapla...hahhahah jom pegi pasar raya gading...

Selasa, 21 April 2009

Rawan

Bersiaran secara lansung lagi dari Kolej Komuniti Mentakab, Pahang. Hari ni hari terakhir berkhusus. Hari ni habis pukul 2.00 petang juga. Berbalik pada angan-angan mat jenin semalam iaitu mengajak encik suami tercinta ke IKEA..ya puan-puan itu adalah angan-angan taik ayam ajer.yakkk!! Tidaklah kesampaian cita-cita tersebut kerana aku tidak konfiden nak bagitau laki aku keinginan membuak-buak tersebut. Ini kerana keadaan kewangan aku sendiri tidak memberangsangkan sementelah telah menyumbat segala mala duit yang ada ke dalam akaun ASB pada minggu lepas. Ingatkan boleh juga mengikis duit lakiku, tapi arakian juga aku lupa lakiku turut menyumbat segala male duitnya ke dalam ASB dia. Maknanya kami enggak ada duit cash yang banyak sekarang ini. Hanya bersaki baki cukup-cukup makan sebelum dapat gaji. wuwuwuwu. Aku kering kontang hari ni. Duit hanya berbaki tak sampai RM100.00. Wuuwuuwuu. Selain dari masalah kewangan rasanya keinginan tidak logik aku itu akan ditolak mentah-mentah oleh sang suami kerana mungkin pada matanya adalah amat tidak boleh diterima akal sekali idea hampeh tersebut. Makanya pada petang itu aku hanya gigit jari dan memoncongkan bibir mulut sampai boleh ditarik dan diikat pada tiang lampu agaknya. Hati juga dilanda badai taufan yang bisa membunuh segala mala sekelumit rasa bahagia dijiwa kala itu. Dan yang pasti sang anak dan sang suami menjadi mangsa amukan puaka aku itu. Mungkin dalam hatinya berbisik " apekehal lak minah ni tak pasal2 moncong dan berangin tak tentu pasal, buruk tol perangai." hahahahhahah aku gelakkan diri aku yang tak berapa nak betul ini.

Walaupon tidak dapat ke IKEA hatiku berbunga riang kerana suami kesayangan telah membawa HANYA AKU & DAMIEA berjalan-jalan keliling bandar Temerloh. Terasa bahagianya walaupun seketika. Sisa malam dihabiskan hanya kami anak beranak. Makan kat secret recipe. Gembira hati bukan kepalang kerana peluang ini bukan selalu dapat.Dibibir nan indah ini , buekkkk bergaris senyum simpul nan manis sekali

Isnin, 20 April 2009

Ikea oh Ikea

Dari Kolej Komuniti Mentakab Pahang aku menulis. Lokasi aku di bahagian paling belakang sekali. Jadi memang sedap nak memblogging. Cikgu jangan marah ya. Walaupun saya memblogging saya masih lagi memberi perhatian dalam kelas ya. hehehhe..ni baaiikk punya anak murid..kakakakhkah.Kelas Habis pukul 2.00 petang ini. seronoknya habis awal. Tak pernah menghadiri khursus yang habis kelas seawal ini. Kelas habis awal jadi macam-macam agenda ada dalam kepala. Niat di hati mahu mengajak encik suami berjalan-jalan di IKEA. Melampaukah permintaan ini.kekekek. Dari Temerloh ke Kuala Lumpur ambil masa 2 Jam. Jadi adakah logik?? Dah lama teringin hendak ke Ikea. Bila la nak sampai situ lagi. Babah tolongla ummi ni.Ummi nak ke IKEA..bawala isterimu ini.kekekke Kalau tak ke mana-mana mesti bosan. Nak melepak di rumah..grrrr memang tak bess..ohooo encik suami bercuti selama 2 hari iaitu hari ini dan besok semata-mata mahu meneman isterinya berkhusus. Terima kasih daun keladi babah. Jasamu amat ku kenang. Macamana nak cari idea ajak babah berjalan-jalan.

Dan yang bes untuk hari ini..berjaya jugak post dua entry hari ini..heheheh