Dari Kolej Komuniti Mentakab Pahang aku menulis. Lokasi aku di bahagian paling belakang sekali. Jadi memang sedap nak memblogging. Cikgu jangan marah ya. Walaupun saya memblogging saya masih lagi memberi perhatian dalam kelas ya. hehehhe..ni baaiikk punya anak murid..kakakakhkah.Kelas Habis pukul 2.00 petang ini. seronoknya habis awal. Tak pernah menghadiri khursus yang habis kelas seawal ini. Kelas habis awal jadi macam-macam agenda ada dalam kepala. Niat di hati mahu mengajak encik suami berjalan-jalan di IKEA. Melampaukah permintaan ini.kekekek. Dari Temerloh ke Kuala Lumpur ambil masa 2 Jam. Jadi adakah logik?? Dah lama teringin hendak ke Ikea. Bila la nak sampai situ lagi. Babah tolongla ummi ni.Ummi nak ke IKEA..bawala isterimu ini.kekekke Kalau tak ke mana-mana mesti bosan. Nak melepak di rumah..grrrr memang tak bess..ohooo encik suami bercuti selama 2 hari iaitu hari ini dan besok semata-mata mahu meneman isterinya berkhusus. Terima kasih daun keladi babah. Jasamu amat ku kenang. Macamana nak cari idea ajak babah berjalan-jalan.
Dan yang bes untuk hari ini..berjaya jugak post dua entry hari ini..heheheh
The best part in my life when i have my own family. With my love husband,my Beautiful Damiea and my miracle umar. i love my family so muahhh.
Isnin, 20 April 2009
Hanna & Huda
Hari ni aku berkursus kat Kolej Komuniti Mentakab, Pahang. Pagi-pagi buka blog dan baca blog Huda. Rupanya sahabat ini kemalangan dan mengalami kecederaan yang agak parah juga. Patah tulang pinggul. Kesian Huda, Hanna dan suami. Harap cepat sembuh dan sihat macam biasa. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Syukur Hanna yang comel ini tak teruk sangat lukanya. Cepat sembuh yer

Sian Huda Lebam mata dia..macammana la nak nyusu Hanna yer
p/s : Huda cilok gambar dari blog huda..hehehe

Khamis, 16 April 2009
Anakku Damiea
Perasaan ketika ini amat memerlukan ketenangan, terasa ingin balik rumah dan tidur sepuasnya. Ada ketika terasa mahu pulang ke rumah tanpa ada sesiapa di rumah. upsss lupa ada anakanda tercinta jadi sila padamkan ayat diatas dalam memori. Ini ayat baru. Terasa mahu pulang ke rumahku syurgaku untuk bersama Damiea sahaja. Melepaskan segala tekanan yang menghimpit diri dengan melepak secara telentang dihadapan televisyen dan membenarkan Damiea membuat aktiviti sendiri iaitu menyepahkan rumah. Sungguh enaknya berbaringan sambil berseksian di atas sofa sambil melayan mata hanya bersama Damiea. Melakukan aktiviti sesuka hati tanpa rasa bersalah dan rasa terbatas. Ahhh terasa puas. Tapi itu hanya imaginasi dan fantasi aku dikala ini. Ingin sekali melalui suasana itu tapi setakat ini tiada peluang lagi. Heheheheh..
Anakanda tercinta sudah berumur 1 tahun 4 bulan. Sekarang dia agak sibuk.heheh. Sibuk dengan aktiviti ke hulu ke hilir tanpa mengenal jemu. Kalau penat anakanda berhenti seketika minta 'nenen' dengan ummi. Sekarang Damiea sudah pandai bertutur beberapa perkataan. Antara yang ummi ingat 'ummi', 'babah', 'ma' (merujuk pada ummi dan babah. Kalau di ajar sudah pandai menyebut 'Tokki'( merujuk kepada abah ummi), 'Tok' (merujuk kepada ma Ummi).Juga pandai sebut 'Bird'.

Damiea juga sudah mengenal beberapa anggota badan. Andainya ummi sebut mana kaki, tangan, mata, hidung, rambut Damiea sudah pandai tunjuk dan gayakan. Kalau ummi tanya mana mulut Damiea sudah pandai juihkan mulut. Terasa hebatnya seorang anak itu.
Damiea jua sudah kenal mio-mio merujuk kepada kucing. Jumpa kucing waima kambing atau lembu dipanggilnya mio-mio jugak. Kawasan rumah aku memang banyak sangat kera, biasalah kawasan hutan. Damiea panggil kera dan anjing 'bouk', merujuk kepada dog. Hehe. Sangat comel.

Hobi baru Damiea sekarang masuk dalam bakul kain dia. Habis baju yang dilipat disepah-sepahkan. Hai sakit hati juga, tapi apakan daya Damiea hanya anak kecil yang tidak tahu apa-apa yang perlu tunjuk ajar. Damiea juga suka membuka peti ais dan menyelongkar apa yang patut. Haa geram juga. Tapi sabar mengatasi segalanya. Sudah pandai pimpin tangan ummi ajak ummi bukakan peti ais, mana yang berkenan akan diambilnya biasanya vitagen yang diambilnya.
Bila petang mula menjelma, ummi dan babah balik dari kerja Damiea sudah pandai ajak ummi dan babah berjalan. Sudah pandai ambil kunci kereta atau motor suruh bawa dia berjalan. Haiii pandai sungguh kau wahai anakku. Ummi berbahagia memiliki Damiea di kla ini. Tatkala ummi dilanda badai sedih Damiea menjadi penawar, dikala ummi keseorangan Damiea pengubat duka di hati ummi. Sayang anakanda Damiea selamanya.

ummi ni kunci kereta..jomla bawak Damiea jalan. Damiea nak jalan

Ummi buat tak tahu saje. Damiea mula meraung merayu-rayu. Sian dia

ummiii...suka dengar Damiea panggil ummi..buat ummi terus lembik dan termakan pujuk bawala jugak Damiea pergi jalan.

Dan kasut ini akhirnya menjadi milik Damiea.Sudah lama ummi usha kasut ini buat anak tersayang. Apalah sangat kasut itu tapi. Naluri ummi sebagai seorang ibu mahu yang selesa buat anak ummi. Berjaya juga ummi merembat kasut itu di ESTCOSMALL.jangan marah ya babah.

Langgan:
Catatan (Atom)