The best part in my life when i have my own family. With my love husband,my Beautiful Damiea and my miracle umar. i love my family so muahhh.
Khamis, 16 April 2009
Huruhara
Stresssnya kalau orang disekeliling kita stress. Huruhara jiwa dikala ini
Khamis, 9 April 2009
Rindu
Rindu padamu anakandaku Damiea Al Husna. Jam menghampiri pukul 5.00 petang. Kejap lagi ummi akan pulang mendapatkanmu, memelukmu, menciummu. Nikmat sungguh kurniaan ilahi itu. Betapa beruntungnya ummi dikurniakan zuriat yang amat manis dan manja. Tunggu sayang tunggu ummi pulang. Sambutla ummi dengan teriak manjamu. Ciumla pipi ummi. Pelukla ummi. Bahagianya ummi saat itu memiliki harta yang bernilai yang tiada tolak gantinya. Ummi rindu dengan celoteh manjamu sayang....
Selasa, 7 April 2009
Lelaki ini
Semalam anak tercinta tidur awal sedikit dari rutin hariannya. Amat senang sekali Damiea terlena. Lena dalam dakapan ummi sambil me'nenen'. Usai memindahkan Damiea ke katil kami, Ummi keluar melayan kehendak hati menonton tv. Lelaki dicintai sibuk meneroka dunia 'game'. Tangan ini sibuk mengalih dari satu ke satu channel yang lain, tiba hati tertarik pada satu 'movie' di HBO yang ku kira mampu membuai angan ku disebabkan oleh lelaki ini..hehehhe..dan rasanya aku agak terpukau dengan lakonannya dalam cerita ini.

The nanny diaries
Agak tertarik dengan cerita ini kerana pelakon-pelakonnya dan jalan ceritanya agak menarik. Kemudian makin tertarik pabila Chris Evans muncul. Wahh memang sangat macho.hehhe..sangat romantik, sangat manis saat mengenakan baju kemeja berwarna pink.
Kepala semakin seronok dilambung angan syok sendiri, terasa diri muda kembali, terasa kembali ke zaman anak dara semasa hati belum dimiliki sesiapa. Andai diberi pilihan sudah pasti lelaki sebegini yang diidam-idamkan dan diangaukan. Hehehe..tapi itu di zaman darala diusia belasan tahun, masih tidak mengenal erti cinta sebenar. Pasti memandang rupa semata, tidak memikirkan kebaikkan dan keburukan orang terbabit.

Seksikah atau seksakah??bertatu di lengan. Ahhh menyakitkan mata memandang.

Adakah begini juga dikategori sebagai seksi?

Fantastic four
Dan yang pasti lelaki ini....

amat bemakna dalam hidup ini, diala yang seksi, hensem, terbaik di hati ini...Moga jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat. Bertemu, berkasih, bercinta dengan kenangan yang terindah tercipta untukku..

Langgan:
Catatan (Atom)