Isnin, 26 Mac 2012

Syukran

Alhamdullilah limpahan rezeki kurniaan dr Allah.



Nanti cite panjang, dah nk balik. Kehkeh


- Posted using BlogPress from iPhone nina

Isnin, 19 Mac 2012

Langkawi moment

15/3/2012-17/3/2012 bercuti di Langkawi.Percutian paling indah dan bahagia. Tiada sesi bermasam muka. Sangat seronok. Walau penat ngan anak-anak yang banyak ragam, terutama damiea. Nangis saje ini budak. Mungkin sebab die demam, jadi banyak sungguh ragamnya. Sampai dua kali saya cubit peha die. Sebab geram sangat. he he sorry sayang. kami pergi ngan ma, abah adik aku 3 orang, kakak dan familynya. sangat la seronok. sampai sekarang terkenang-kenang.

Kami naik flight dari sepang ke langkawi. Naik air asia ajer. jakun first time naik flight, siap mabuk memula naik, dahla perut tak sihat, asyik la beri-beri.
Gerak dari rumah ma abah pukul 5.30 pagi. Perjalanan sangat seronok. seronok sungguh berpagi-pagi. Punyela seronok sampai berkali-kali aku taip seronok, ha haha.

memang kritikal betul beri2 aku. 3 hari aku kene. Memangla tak selesa. Tapi kualiti bersama keluarga aku gagahkan jugak. Tapi series banyak-banyak percutian inilah yang paling puas hati dan menyenangkan. Tak stress. Cuma babah jer stress duit habis banyak. hehheheh.

ni somi saya yang tercinta. Gila penat tunggu flight. Flight kul 3.45pm, ktorg dah tunggu dari pukul 12.30 tghr. damiea sampai tanya berpuluh2 kali kenape flight lambat. haku dah penat jawab, si umar sedap tidur. Terima ksih babah banyak-banyak babah belanja ummi banyak kat langkawi.love u so much. Sangat senang dengan mood babah yang senyum dan gembira saja sepanjang perjalanan.


Ini budak sorang sangat la seronok, tak mahu duk diam. Tapi bagus sangat sebab die kadang-kadang nak dukung babah die saje. Makanya ummi relax sikit. Memang sedap bawak umar berjalan kali ini. Ummi relax banyak sebab die anak babah. ha ha ha.

Budak ini sorang buat ummi banyak kali geram sama die, banyak betul feelnya, kuat betul merajuk. Pantang tegur merajuk, banyak kali die nangis tak puas hati. Sampai ummi rase ummi bad mummy tau sepanjang percutian. Rupanya die buat perangai sebab nak demam. Kasihan die, dahla kene cubit ngan ummi 2 kali. Geram sangat kat die. Budak pandai ni memang mencabar ke'ummian' ummi tau. Makan pon tak selera sangat.

Sibling. Waaaa. Cantik betul gambar ni. ini dekat dataran helang, memang budak 2 ini sangat seronok main-main kat sini, mia siap pegang ular sawa kat situ, ala ade org duk tayang ular , sekali bergambar 5 ringgit. cait. Mahal gila.


ini masa naik kete kebel. Exited sangat die. tapi mase ni mia banyak ikut paklong dan maklong serta tok. Ummi ngan babah dan umar naik lambat sikit kete kebel, sebab mula2 mls naik sebab sebelum ni dah pernah naik, pastu rase macam bosan pulak duk bawah, dahla panas terik..haiii..last naik jugak atas. Relax sikit.


exited kan budak ni. yang baju biru tu adik i, moksu damieala. 2 orang ni jerit kuat sangat mase time, time kete kabel lajukan.

senyum lebar happy sangat mase ni. Pastu turun menangis sajer. puas pujuk.


ini Dekat aqua. budak ni sangat exited.Mia entah pergi mana, ngan paklong dan maklong die agaknya. Time ni tiket masuk aqua murah, sebelum ni pergi dalam RM30.00, kali ni RM28.00. murah Rm2.00.

Ni kat kawasan beras terbakar, budak 2 orang ni asyik shopping toy, kalah ummi tau. penat layan, macam2 nak beli. Bukan tak nak beli tapi niat nak mengajar supaya bukan semua bende boleh beli dengan mudah tau anak2.


ni tok dan tokki, join jugak. Sampai sakit kaki tok jala banyak sangat. ha ha ha. Abah relax ajer. Tapi abah pon seronok tau. muka happy ajer. Siap beli 2 catten rokok.


Ni kat dataran helang, relax ajer umar ngan tok. Jangan tertipu. ini relax sekejap, pastu ya rabbi semput ummi kejar die, rase nak gigit tau die.


tok sibuk duk jaga umar, mia pon tak leh duk diam, exited sangat ni budak.


rehat sekejap kat bawah area kete kebel. Panas seh langkawi, berbotol-botol air minum tetaplah haus. muka sampai gelap dan berbelang. Babah steady ajer walau bermandi peluh. Rajin layan anak sorang ni. Ummi suka.


satu-satunya gambar yg ok pakai iphone kat puncak kate kabel tu. Udara sejuk tapi cuaca panas yang amat tau. Kamera aku adik aku pegang maneentah die pi. aku pon tak tengok lagi gambar dari kamera.


gambar adalah tidak tersusun. waktu senja di dataran.

babah dan umar kat aquaria


seronok sangat lari2 kat dataran yang luas dan selesa. sampa tertonggeng2 umar tu.


lagi kat dataran.



matahari tengah jatuh. umar sibuk godek tong sampah.

si jambu saya yang lasak.

babah dan umar. Kat sana ktorg sewa innova dan wira. innova RM180.00, wira RM100.00. agak mahal.kalo sewa kat area bandar murah sikit, tapi kakak aku ambik pakej sekali ngan homestay. homestay 1 mlm RM200.00. okla. selesa. Kampung betul. malam kedua kami tidor kat Hotel Langkasuka RM180 utk deluxe. Sini senang nak shopping, aku pon banyak shopping area situ saja. Aku shoping periuk-periuk, bukanla murah sangat, murahla sikit dari tempat kitekan. Kalo fikir logik, kalo murah Rm20-30 baik beli kat tempat sendiri. Tak padan nak hangkut, berat, cas lebih kg pulak. Aku ambik 50kg utk flight tapi terlebih sampai lagi RM50.00. Dah kena cas RM80.00, wrapping pnggan mangkuk takut pecah dan kemik dah kena RM50.00. Kesimpulan beli saja kat tempat sendiri atau beli online. Lagi murah, jimat dan selamat.


he he, damiea yang sudah hilang giginya. bila tanya mia kenape rongak. die cepat-cepat tunjuk gigi bawah die. ni cantik lagi la.

umar memang anak babahkan.

ma dan atiey adik saya.


OK.. ITU SAJE.. senyum indah untuk kenangan ini.. lipat kemas-kemas dalam memori.

- Posted using BlogPress from iPhone nina

Khamis, 1 Mac 2012

Kadang-kadang

Rase terpinggir, kadang Rase menyendiri, kadang Rase rendah diri, kadang sangat down, kadang buruk Rase, kadang Rase bodoh, kadang Rase kosong, kadang buruk sangka, kadang mahu berhenti kerja, kadang mahu berseorangan,yang pasti aku mahu nangis sekarang...

Sabar, muhasabah diri SEKARANG !!!!!
Mari bersama ustaZ don!! Muehe





Ustaz don saya. Muahaha



Ehem, mintak ni satu

- Posted using BlogPress from iPhone nina