Khamis, 30 September 2010

Keseronokan bermula!!!!yihaaa

Tajuk ajer gempak. Kkakakak. Tetiba aku seronok hantar baju dan seluar kerja suami ke dobi untuk digosok atau bahasa inggerisnye iron.heheh.. yeeeyyy seminggu takyah gosok baju laki aku..hihihi. Apada ini pon aku nak sound kat blog kan. orang lain berlambak dah buat. Tapi series makcik jakun. Sebelum ni segala baju aku gosok sendiri. Tapi waktu pagila sebelum pergi kerja. Tu yang jadi kelam kabut pepagi tu. Sejak beranak dua ni mmg tak sempat. Baru nak bukak swis iron si Umar dah uwaaaaaa!!! mmg sajer tak bagi aku buat kijer. dan-dan gune alasan ni.ehhehe. Tapi mmg betul bab iron baju aku mmg liat sikit. letih dan MALAS!!!!!! Aku kagum betul dengan manusia yang boleh iron baju stok untuk 2 minggu. Memang korang rajin. Aku??? sekali sahaja rasanya seumur hidup buat macam tu..heheheh. Dan rasanya pas ni mmg aku tak pernah akan buat. Baju aku sendiri pon aku beli baju yang tak payah gosok. pakai siap tak perlu digosok bagai. Tudung sekarang lagi senang sarung ajer..Ar*an* tetap dihati..hehehh. Walau hakikat aku suka segala bende bergosok cantik. Kalau boleh segala cadar dan baju anak biar bergosok kemas. Tapi sebab aku ni malas jadinya adala sekali baju anak dan cadar aku iron. mmg bes kemas ajer. Pastu itu ajer la sekalinya. heheh. So sebab kemalasan berganda aku tu semalam aku cube hantar baju dan seluar kerja suami aku ke dobi. Atas alasan sian baju laki aku tak berside cantik sebab bini dia ni gosok ikot sedap hati ajer. Tadi tghari pergi pickup dan sangat puas hati sebab cantik dan wangi ajer baju suami aku. Dan dengan senyum meleret hati ni duk lompat-lumpat gumbira takyah gosok baju seminggu.

Dan perlaburan untuk ini sangat adalah rasanya sangat berbaloi. Kalau gosok sendiri, masa, tenaga, bil elektrik adalah sama dengan kos hantar dobi. Makanya seterusnya akan hantar dobi ajer. Rasa macam nak segala baju bajan ke dobi. macam bes ajer siap bergosok dan berlipat bagai. Takla menggunung baju dirumah tu tak berlipat kenkadang tak sempat nak berjemur. Save masa dan tenaga saya. Takla terkejar-kejar.
Kekadang terfikir biarla rileks sikit bab itu supaya save tenaga untuk anak-anak tersayangkan. Dah kerja dipejabat biarla rileks sikit dirumah biarlah kerja memasak sahaja saya buat. Saya juga ada hati mahu cari orang tukang kemas rumah pulak.kekeke. akan ku berusaha keras untuk mendapatkannya. Apa salahnya laburkan duit sikit untuk perkara itu supaya lebih masa untuk anak-anak. Anak-anak happy maknya, bapaknya juga happy.hihi. Pendapat sayalah, saya dan suami sudah penat diopis cari duit apalah sangat laborkan sikit untuk tujuan itu. Biarlah kita bersenang sikitkan. Tidaklah berkejar-kejar dan penat sangat. Dah berpenat di opis, biarlah kat rumah rehat pulak. Nak ambil orang gaji rumah amatlah kecil. lagi pon mmg saya tak suka orang lain ada kat rumah 24jam. Tak bebas rasanya. Lagipon mmg tak mampu nak ambil maid..hehehe. Duit tak berapa nak bnyk. hehheh

Sori yer babah ummi hantar baju babah ke dobi. Kenkadang ummi tak terdaya dan tak tersempat nak menggosok baju babah berside bagai. Bukan tak sayang babah, sayang sangat babah tapi masa adalah sangat suntuk. sori yer babah. Klau ummi rajin ummi gosokla baju babah yer.kikiki.

Seronok rasanya hari ni..hehehe

Rabu, 29 September 2010

Kerja???

Dunno why..terasa menyampah duduk opis..haaaaa..saya nak duk rumah..kurang dosa.duk opis ada ajer yang duk ngajak aku ngumpat, kekadang aku yg ngajak ngumpat..hahahaha boleh gitu. kekadang berborak kosong sesama opismate pon banyak mengundang dosa, berburuk sangka, curiga dan kekadang termenipu..hehehe. Direnung kembali memang hati tak senang. Sungguh terasa tak bess la. Duduk rumah walau asyik gaduh ngan Damiea hati senang ajer walaupon penat.. bak kata somi mokcik. Korang ni pung pang pung pang gaduh pastu anak beranak tidor..tula kijernyer..hahhah tapi saya suka duk rumah tak perlu nak bermuka-muka dan perlu memeningkan kepala nak menjawab, buat kerja aka jadi org suruhan org atasan atau org yang sama level, kalo duk rumah hanya buat kerja yang rasa nak buat ajer. kalau malas okeyy biar dulu nanti-nanti rajin baru buat.kekkek. Kekadang kalau duk opis tengok orang buat kerja pon aku rasa macam tak bes. Terasa macam tak ada kerja pulok aku ni. Boleh macam tu?? ni rasanya ada penyakit sakit jiwa yang harus di rawati ni. Kekadang berburuk sangka kat orang pon ada..tak bagus betulla ko ni nina. Tapi tula hakikatnya.

Duduk opis ni aku takde kijer lain melainkan kepala ohtak ni asyik memikirkan anak-anak ajer. mikir ke umar dan Damiea. Yang si kakak ni macammana la duduk taska, bergaul ke tak dengan kenkawannya. yang si umar aku duk fikir minum ke tidak susunya yang aku duk perah hari-hari tu. ermm. Sekarang umar dah sedikit hilang lemak-lemaknya atau dengan bahasa tepatnya dah kurus sikit. Dah tak sechubby dulu. eermm siannya anak manja ummi ni. Damiea pepagi asal nak hantar taska asyik melalak ajer. sediss hati aku ni.


kesimpulannya..aku ni harus muhasabah diri, aku ni terlalu ikut perasaan berbanding akal fikiran..kawal diri, kawal diri, jangan banyak mengeluh....

Isnin, 27 September 2010

Pink

Mood adalah pink..pink..dan pink...
Nak baju pink, tudung pink, beg pink, beg laptop pink, semua nak pink..
boleh tak??? haaaa dont know why..rasa hari-hari mau pakai baju tudung pink walau hakikat takde pon baju warna pink.. tapi Damiea yer..hari-hari pink sebab mmg beli pakaian bertema pink.kehkeh ummi yang gila pink sejak akhir-akhir ni.
Nampak manis, comel jer pakai baju warne pink. Terasa macam ada identiti tersendiri kalo pakai baju kaler pink. Nampak bersih dan ceria ajer kan.

hehehe..merapu di pagi selasa sebab mood kelaut..mood nak menyoping kehkeh...

Selasa, 21 September 2010

bess

ni.. Iphone 4g..makan RM2k kot harganya .




Kemahuan dan keinginan ada tapiiii fulus enggak ada..hahhaha. Kena bukak tabung baru untuk beli ni.. tapi tak taula zaman bila tabung nak penuh..heheeh.takpe kite masuk dalam wishlist ajer. dapat tak dapat belakang cerita.kiki..ker babah nak kasik..kuikuikui..ooo saya tidak mengharap tapi kalau diberi saya menadah..hahhaha..jagan layan sangat isterimu ni wahai kekasih hatiku.

Penat jugak melayan kehendak nafsu ni. Kalau dilayan mahu mikir sampai tidur ni..hehhe..tapi manusia biasala penuh dengan kemahuan dan kehendak yang merapu. Bukan keperluan pun mahu memilikikan. hehhe..ni kata kat diri sendiri ni..hehhe

Khamis, 2 September 2010

Cita-cita?? angan-angan??

Berteman secawan air soya (ni mungkin bertambah-tambah) dan sehiris kek coklat mari kita bercanda riang di arena blogging..heheh.. Anak dara Damiea Al Husna dan anak teruna Umar Ar Rayyan, Bapanya suami kesayangan sudah lena diulit mimpi. Seharian bergelut dengan kerenah anak-anak amat memenatkan tapi makcik pueh hati anak-anak depan mato. sekarang tiba masanya mencurah dan melampias segala nafsu-nafsi di alam maya ini.


Iklan sekejap..



Coklat ni sangat sedap. Ermmm sedapnya. Sangat kena dengan selera yang bisa menggugat berat badan yang masih lagi berat dan terus memberat. hehehe.




Berbalik pada agenda asal bukan nak cerita pasal coklat tapi nak cita pasal cita-cita. Cita-cita ke?? angan-angan?? saya sendiri pun tak tahu nak rumuskan macam mana. Mungkin angan-angan yang menjadi cita-cita. hahaha..Ada agenda merapu disitu. Ok being series!!!!Saya sebenarnya berminat nak berniaga dan mengharap berniaga itu akan merubah kepada kehidupan yang lebih baik dan mengharap melalu berniaga dapat membantu orang yang memerlukan. Mungkin anak-anak, mungkin suami, mungkin kaum keluarga terutama ma&abah dan mak dan mungkin juga sesiapa sahaja. Tak dapat banyak membantu mungkin sikit pun sudah cukup. sebelum bercerita panjang mari saya ceritakan angan-angan mek jenin saya ya. Haaa kalaula dimurahkan rezeki melalui perniagaan ni antara agenda yang saya sematkan dalam hati dan perlu saya buat adalah mesti saya bantu ma&abah sayala. Mungkin boleh hulur lebih sikit dari biasa saya hulurkan. Rumah mak kat Paya Pulai dah agak usang, lantai dah makan dek anai-anai..sedih tengok, mungkin rezeki lebih dapat baiki rumah mak bagi mak hidup selesa di usia emas ni. Mahu menyimpan untuk pendidikan anak-anak agar nanti mereka tidaklah meminjam dengan PTPTIPU atau mane2 sumber yang buat diri sakit kepala nak membayar lepas habis belajar. Contoh terbaik adalah ummi ni..heheh. terpaksa meminjam, nak harap ma&abah mmg tak dapatlah. Jadi saya akan pastikan anak-anak senang, tapi masa belajar jela. lepas habis belajar cari sendiri ok. ummi dah hantar sekolah tinggi-tinggi belajar pandai-pandai yer pastu rancangla hidup sendiri, cari duit sendiri yer. hehe. Babah juga harus dibantu, rezeki itu akan dikongsi bersamamu wahai kekasihku, mungkin ringankan sikit beban babah bayar rumah, kereta, atau mungkin beli rumah dan kereta baru atau beg GUCCI baru.. wahahaha.. itu dia nafsu duniawi sudah keluar tanduk..kakakka. Pastu nak pergi MAKKAH la. Teringinnyala, kalau la diberi peluang, tak dapat pi Paris, London, Bali ka, mana-mana ka dapat pi Mekah syukurnya la. Terasa segan nak menjejak kaki dibumimu itu ya ALLAH, mengenang hinanya diri disisimu, tapi sudila kiranya menjemput dan menerima kami suami isteri, mungkin anak-anak, ma&abah dan mak sekali kesana sebagai tetamumu. Sekali pun cukupla. Murahkanla rezeki kami ya ALLAH.




Okey berbalik kepada intipati cerita asal, marila saya cerita kisah sebenar-benarnya. Cehh ayat macam ada orang baca jer cerita panjang berjela-jela ni.. Tetapi seandainya ada yang baca cerita yang berjela-jela dan merapu ni. YA KAMU!KAMU!KAMU!KAMU yang terbaca, atau tersinggah sudila andainya kamu mengklik nuffnang saya agar dapat saya beli sebuah hanbeg jenama G***i dengan duit itu..kakkaka. Saya mengaku dengan ikhlas duit nuffnang itu memang saya mahu beli beg.kehkeh. Aku muka tak malu!!! okla sebenarnya saya sudah suka dengan produk-produknya dan tentu sekali saya suka dengan pulangannya nanti. Siap duk koya nak berhenti kerja jaga anak sesambil berbisnes.Boleh?? punyer kuat berangan. Padahal belum apa-apa lagi baru orang tu nak cerita angan dah tinggi memuncak dah sampai klimaks.heheh. Dan saya sangat percaya dengan bisnes ni memandang pada kejayaan bisnes ini yang dah lama bertapak di dunia perniagaan ni. Sangat bagus untuk masa depan anak-anak dan saya serta suami. Sang suami tersayang jugak sangatla menyokong dan mahu keluar modal dah. Tapi tadi saya jumpa seseorang untuk bertanya pasal bisnes ini. Mesti la siasat baik-baik dulukan sebelum apa-apa. Dan ternyata sangat bagus. yang tak bes bila 'dia' cakap perlu hadiri kursus selama 20 hari kat Kuala Lumpur!! what??? masa tu sayer duk mikir anak-anak. Terus angan-angan hancur lebur terbang sudah..Mana mungkin saya dapat berpisah dengan anak-anak walau seketika. Mau hari-hari bengkak mata aku ni nangis jer. Memang betul mahu berjaya perlu banyak pengorbanan dan jangan banyak alasan. haaaaaaah saya dalam dilema. Umar yang saya risaukan. Masih terlalu kecil untuk ditinggal-tinggalkan terlalu lama. Sangat kasihan. Mau saja diangkut kesana, tapi mau tinggal sama siapa?? hanya ada abang ipar disana. ermmm. Kalau difikir 20 hari bukanlah terlalu lama. pejam celik habislahkan. Kalau saya terima job ni, perlu ambil cuti tanpa gaji lagi, almaklum cuti tahunan dah tak cukup 20 hari, banyak saya guna masa nak bersalin hari tu. ermmm lagi, berapa kali mau errrmmm la. Errrrmm lagila.



Setelah fikir panjang mungkin ini bukan rezeki untuk saya dan anak-anak. Rasanya saya memilih anak-anak. Biarlah bukan rezeki sekarang, mungkin kemudian hari bila anak-anak dah besar.mungkin rezeki lain akan bergolek tiba yang tidak memerlukan saya berpisah dengan anak-anak untuk sekian lama. Tak sanggup rasanya. Itu mungkin alasan saya. Biarlah saya hidup dengan alasan itu andai itu memberi kebahagian untuk saya, suami serta anak-anak saya. sepanjang hidup saya saya belum pernah mencapai kejayaan yang gilang-gemilang,mahu menggengam ijazah pun tak berjaya lagi ni, tapi takpela mungkin anak-anak serta suami kecintaan yang dikurniakan untuk saya adalah kejayaan gilang gemilang pernah saya capai dunia akhirat. dan insayaallah saya takkan sia-siakan.

Saya harus lupakan cita-cita dan angan-angan ini sebab kenyataannya adalah suami, anak-anak kesayangan hamba. Amin. Berccita-citalah untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa itula cita-cita dan angan-angan sebenar. Ingatan buat diri sendiri.



Cita-cita dan angan-angan yang menjadi kenyataan dan kejayaan nombor 1. Damiea Al Husna binti Mohammad kesayangan ummi. Sayang kamu selamanya.


Machoman.heheCita-cita dan angan-angan yang menjadi kenyataan dan kejayaan nombor 2. Umar Ar Rayyan bin Mohammad kesayangan ummi. Sayang kamu selamanya.


Kejayaan terbesar ummi dan babah setakat ini.

Salam ramadhan dari diri ini.