Khamis, 5 Ogos 2010

Adik umar sayang


Budak ini

Ohoooi budak kicik ini skrg sudah pandai tunjuk belang.hehe. Sudah pandai meraung kuat-kuat. Sudah pandai merajuk bila lambat sua nennen,meraung sekuat hati. Sudah pandai gelak-gelak bila diagah. Sudah tegap dan kuat badannya. Terkadang kepala masih terhuyung hayang mcm patung hiasan dlm kete tu,yg kepalanya goyang-goyang tu. Suka bangat makan tangan budak ini. Kekadang dua penumbuk dia jolok masuk mulut. Ada juga bagi dia pacifier, tapi lekat sekejap. Pas itu memang reject tak mahu. Adalah manja kededek. Mula start dengan mencebik mulutnya. Ooh adakah kamu dapat bayang mcmn? Dgn mata ala2 mata kucing dlm cite shrek. Bersinar2 yg bisa buat hati cair. Rasa nak gigit ajer. Nak tidor suasana mesti aman damai perlu didodoi bagai,perlu dipujuk rayu. Last2 tensen saya masukkan dalam buai. Hehe. Trus lena. Niat dihati mmg x mau ajar berbuai, tp x bjaya. Tapi kadang2 aje ikut mood die dan mood umminya juga.huiu. Kalau kak mia nangis dia pun ikut nangis. Hah bab ni ummi tensen. 2-2 nak dipujuk pd waktu yg sama. Akhirnya sikakak mengalah bl dipujuk babah dan kadang2 terlena sendiri. Kasihan puteri ummi ni. Berat badan adik umar semakin berat.hehe.sampai mahu gigit paha dan betisnya. Sudah mghampiri 7kg saya kira biarpn usia br nak mencecah 3 bulan. Sampai ada kawan bertanya dah bg makan k? Oh tidak!tidak! Kecil lg. Itu mungkin berkat susu badan sepenuhnya. Mungkin juga sbb gen ummi dan babahnya sbb damiea juga begitu dulu.besar, bulat dan sihat. Rangka dan ruas mengikut babahnya agak besar dan tegap. Ikut umminya kantoila sebab pendek dan kecik.huhu.
Minum susu agak bermasalah sikit, agak memilih. Kalo susu banyak dan laju dia reject dan meraung sekuat hati. Ummi terpaksa perah dulu dan akan jadi habuan kak damiea. Memang hari rayala kak mia. Suka sangat dia dapat minum susu ummi walau x byk sgt 3 oz shj ummi perah.
Walau mcmmn pun umar masih lg kool baby. I like dan love u so much.

2 ulasan:

lia berkata...

kiranyer dapat la damiea susu ibu... mcm tandem nursing la ek...

Nina berkata...

tu dikire tandem nursing yer..aku geli nak bagi direct kat mia..heheheh