Rabu, 2 September 2009

Berbuka hari ni


Hari ni saya masak

1) kari ayam-permintaan mr mohammad----> Done..hahahha gigih sy masak tghhari tadi, suami kater masak tghari, ptg hangat..bukak pose mst kau-kau kari..hikhik
2) Bubur pulut hitam---->Done..tghari gak masak..ptg ni nak agih kat jiran-jiran..senang hati bila kasik kat jiran.
3) Goreng sayur bersama hati-petang ni masak
4) Goreng ayam dan ikan masin-ptg ni jgak goreng

itu saja...lain-lain, sebarang tambahan carik kat bazar yer..hheheh

my curry...


my first bubur pulut hitam


bubur yg akan diagihkan pada jiran-jiran makcik.

Resepi Kari Ayam Saya

Bahan-Bahan
Ayam Sebelah dipotong ikut suka hati
6 biji bawang merah (kalau tak de bawang merah guna ajer 1-2 bawang besar)*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*

*Kesemua bahan di atas adalah di belender

2 sudu besar Cili boh
Sepeket kecik Serbuk kari daging/ayam ADABI
Santan sebelah ( sebijik pon boleh ikut ayam banyak maner)
Air asam jawa sikit ( nak isi asam keping pon boleh isi 2 keping ajer tau,terlebih nanti masam lak)
Sedikit minyak utk tumis
beberapa ketul ubi kentang
Garam sesedap raser
Gula sesedap rase
serbuk perasa sesedap rase
Air

Cara-cara
1) Tumis cili boh sampai garing..nak sedap sikit bubuh gula satu sudu kecik maser goreng lada boh.
2) Masukkan bahan belender tadi dan garing lagi sampai garing
3)Dah agak-agak garing seme tu masukkan pulak serbuk kari tu.
4) Dah sebati seme bahan di atas masukkan ayam pulak,masukkan jugak kentang.masuk air dua cawan ke. biar lah atas dapur sampai sebati rempah tu ngan ayam, sampai air kering sesekali balik-balikkan supaya tak hangus.Boleh juga masukkan garam supaya ayam tu nanti raser bes jer sebab segala rempah ratus sebati.
5) Dah agak ledot (pekat) leh masukkan air asam jawa atau asam keping.Masuk jugak santan,garam,dan gula.
6) Kena sentiasa timbuk (kacau ) agar tak berketul2..
7) dah raser masak leh letak serbuk perasa, tak nak letak pon takper..

*Siap sudah...hangat banyak kali lagi sedap kari ni...SELAMAT MENCUBA LIA..hahha

masih ader lagi 1 hutang ngan hajar, tak tempek lagi gambar dapor basah, nanti yer huda.

3 ulasan:

lia berkata...

ko cuti ker smlm? masak tghari 2?

weh.. senang x nk masak kari? resepi ko senang x? kalau sng, sila tepek resepi, nk wat kari tp slalu xmenjadi la...

Nina berkata...

idokla cutinyer.tp tghari aku balik umah, sebab dekat tmpat kijer aku.dan la aku masak kejap tgahari tu..kari aku simple sajork..dan sedappp...hahha

Jiey^Mien berkata...

rajinnya masak memasak.. =)