Khamis, 2 April 2009

'Bulan Purnama


Sejak semalam aku jadi agak pendiam dipejabat.Terasa berat mulut untuk menuturkan kata..kadang-kadang hati berbisik ada baiknyaan menjadi seorang yang pendiam dari bercakap tidak tentuhala yang kadang kala mengguris hati orang lain dan kadang-kadang ulas perkataan yang keluar dari mulut kita ini adalah suatu pembohongan semata.Yaa..selama dua hari ini aku lebih senang menjadi seorang yang senyap..aku lebih senang mengadap laptop ini dan melayari internet..menyelak blog ke blog cukup mengubati kelesuan hati ini..betapa buruknya perangai dua hari ini.aku jarang senyum dan tidak meyapa rakan pejabat..sekadar senyum dan kadang hanya sepatah dua sahaja butir perkataan yang keluar dari mulut .Berbagai persoalan buruk menari-nari ruang minda ini.Terasa semua orang tidak sukakan diri ini.Terasa orang-orang kesayangan sudah kurang rasa sayang pada diri ini.Terasa orang disekeliling bercakap-cakap pasal keburukkan diri ini. Ledakan emosi dijiwa ini agak kronik untuk diluahkan..kadang-kadang aku sendiri tidak tahu apa masalah yang terbuku dihati ini.mungkin jua perubahan hormon yang tidak stabil hasil dari pengambilan pil perancang..haaaaa..hati berkecamuk

Kecelaruan semalam terubat bilamana berjaya memujuk sang suami balik kampung jumpa ma&abah dengan alasan abah mahu jumpa untuk bertanya pendapat mengenai bumbung rumah yang dalam proses pembinaan.Hati sangat gembira bila yang tersayang mahu mengikut kehendak hati.Terima kasih sayang. Besar pengorbanan babah mengendahkan keletihan yang bertamu diminda dan badan setelah seharian bekerja.Kegusaran hati hilang seketika bila berjumpa ma&abah serta adik-adik tercinta.Rindu terubat seketika. Dalam pukul 10.30 mlm kami gerak kembali ke teratak indah kami.Nasib baik kampung ma&abah agak dekat rumah kami.

Dan hari ini segala kekecamukan hati dan persoalan yang bermain diminda ini akhirnya berakhir bila hari ini penantian untuk 'kedatangan wajib setiap bulan' sudah kunjung jua.Haaahh patutla bad mood ajer memanjang.....

6 ulasan:

Unknown berkata...

adoiii la nina..... ingatkan kenapeee la tadii... ghisa dok mokcik nehhh.. hahahaha..

tp pelik. itula perasaan leen gak kdg2... hahaha. emo tak pasal.

Jiey^Mien berkata...

=)
Susah jadi pompuan nih kan..
Ade jer 'time' tu..
Sbb tu la kita special..

Unknown berkata...

mengerikan le ko nie...tapi aku pun mcm tu gak, kalau "tu" nak mai, aku bukan diam...aku membebel, tak kira kat rumah atau kat opis...

Nina berkata...

bada-kehkeh..hari ni aku da cerie balik da..seme perasaan tu da pegi..kikiki

lia berkata...

eleh... ni kes riso cik P xmai la.... bertuah ko, wat org susah hati keh3...

Nina berkata...

lia-risola makcik lia oiiii.karang dapat baby sorang lagi..kekkekk..aku suke tapi tubuhku masih blm bersedia lagi..aku ceaser